Monday, December 20, 2010

SiJiL PELAJARAN MALAYSiA

Assalamualaikum,

Sedang ber-chatting dengan Adib Hazim... dia ada memberitahu sesuatu.

HARI INI... SECARA OFFICIAL-NYA PEPERIKSAAN SPM 2010 TAMAT!!!

W.O.W.!! Tidak saya sangka... akhirnya SPM melabuhkan tirainya buat tahun 2010 menandakan tinggal 11 hari sahaja lagi untuk menatap calendar bertulis December.

Selama 13 hari saya duduk goyang kaki tanpa ambil pusing pun bahawa ada beribu-ribu lagi calon SPM 2010 di luar sana tengah bertungkus-lumus, gigih berusaha untuk pulun habis paper-paper yang masih belum diduduki. Tiba-tiba terasa bersalah kepada budak-budak ini.

Oleh sebab itu juga saya terimbau kembali saat-saat terakhir di Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu. Buat pengetahuan anda saya ada menulis sebuah puisi ketika peperiksaan Biology Kertas 3 sedang berlangsung. Itu pun dalam 30 minit sebelum masa tamat.




Saya juga ada planning hendak post puisi tersebut di blog cuma sekarang baru ada kesempatan. Azlan Zainal Abidin telah pun post a poem yang dia alter sedikit di Facebook. Nampaknya saya sedikit ketinggalan.

BULAN MENGAMBANG TURUT HILANG

I
Di kala mentari mulai menyinar
petanda percambahan putik permulaan
tertujah, terterjah!
Suatu enigma perasaan menyelubungi
kalbu kecilku.
Datangnya bagai ribut
perginya bagai semut.

II
Aku melihat sekeliling
Orang di sekelilingku bermacam warna
Ada yang kuning, ungu, kelabu asap
bahkan yang tidak berupa!
Mereka berkumpul menjadi satu
tatkala ada sahaja penghenti masa diaktifkan
Kerana,
Ketika itulah tibanya
masa yang ingin kita hentikan.

III
Apa yang bolehku bawa?
Jika ada,
akan aku garap dengan kemas.
Apa yang boleh kau bawa?
Bawa segala yang ingin kau bawa
cuma dia
Kerana tiada dia punyai makna.

3.25 pm 
8-Disember-2010
-meja peperiksaan SPM-

さちかわ - Terkesima sebentar... *speechless*

2 comments:

Aunty Yan said...

hmmm.. although Aunty Yan not really into puisi.. to me .. puisi sama macam lukisan abstract..

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

Different person sees different things.,??