Thursday, December 23, 2010

PARADOX

Assalamualaikum,

Anda tahu apa itu paradox?

Menurut Dictionary.reference.com, paradox membawa erti:
  1. statement or proposition that seems self-contradictory or absurd  
  2. self-contradictory and false proposition
Apa pula-lah proposition itu?

Menurut laman web yang sama, proposition membawa erti:
  1. The act of offering or suggesting something to be considered,accepted, adopted, or done
  2. Anything stated or affirmed for discussion or illustration

Maka, dalam bahasa mudahnya, paradox membawa maksud kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan yang dibuat sendiri. Boleh berlaku seseorang itu menjadi paradoxical dalam perbualan atau perbincangan yang sama pada jangka masa yang panjang seperti berminggu-minggu atau jangka masa yang pendek seperti beberapa saat yang lepas.

Kebiasaannya paradox ini berlaku kepada sesiapa sahaja yang sedang memanipulasi perbincangan. Individu-individu yang sering kali tertangkap mem-paradox ialah individu-individu yang selalunya muncul di khalayak untuk berucap. Antara individu tersebut ialah politicos dan lawyers.


Dan kebiasaannya juga seseorang itu mem-paradox untuk memutar belitkan keadaan. Mungkin juga untuk lari dari masalah. Ingat, lari dari masalah tidak membantu.

Paradox juga boleh berlaku dalam suasana harian yang normal kepada mana-mana individu sahaja.

Sebagai contoh: 

Terdapat dua individu yang bergaduh atas sebab salah satu pihak yang tidak faham bahasa atau masih sibuk untuk percaya bahawa instincts yang dijadikan panduan itu tetap salah dan salah selamanya. Pihak itu juga telah pun memohon maaf atas segala kekhilafan yang berlaku serta telahpun menurut perintah pihak satu lagi untuk menjernihkan keadaan.

Maka, memikirkan keadaan sudah selesai... dengan berkiblatkan pemikiran yang terbuka dan proposal untuk menautkan kembali talian silaturahim, pihak yang sentisa betul dan amat jarang sekali untuk salah... telahpun mengorak beberapa langkah untuk meletakkan individu yang terlalu mengikut perasaan itu sebaris dengan individu-individu lain yang tidak tergolong sebagai musuh.

Namun, melihatkan perkara seperti me-relate-kan dirinya dengan individu yang berfikiran jauh dan berhati tenang itu... secara tiba-tiba datang sikap benci yang teramat sangat sehingga dia merasakan segala yang dicakap oleh pihak satu lagi itu sebagai cacian, makian, cercaan, penghinaan dan sebagainya. Sedangkan dia sendiri yang memulakan konsep 0-0 dalam persahabatan baru.

Nampak kewujudan paradox di situ? Mula-mula ingin a fresh start yang tidak meletakkan pihak yang lebih arif itu sebagai musuh, akibat daripada tidak berfikir sebelum bertindak yang tidak berlandaskan instincts yang sangat-sangat salah akibat berlakunya kecelaruan emosi... telah berubah kepada benci sebenci-bencinya.

Apa yang sebenarnya berlaku? Adakah pihak yang masih setahun jagung (kanak-kanak Ribena atau budak hingusan juga boleh di-applicate-kan) sudah mengalami krisis personaliti? Sama-sama kita dalam kebingungan kerana cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana individu yang masih hidup atau telah meninggalkan dunia.

Hendak buat macam mana? Pemikiran pra-matang masih menguasai diri...

さちかわ - Sedar diri sikit... post tadi, saya bukan tegur kamu. Kalau saya tegur.. labelnya lain.

No comments: