Friday, December 24, 2010

iNHERiTANCE DAN VARIATiON

Assalamualaikum,

Kepada pembaca-pembaca saya yang baru lepas SPM mungkin akan melihat post saya kali ini agak membosankan. Target readers saya kali ini adalah mereka yang belum lagi belajar inheritance dan variation dalam subjek Biology Tingkatan Lima atau sesiapa sahaja yang pernah dan telah belajar walaupun sekelumit tetapi lupa.

Inheritance bermaksud genetic instructions yang diturunkan oleh parents kepada generation berikutnya. Genetic instructions pula bermaksud ciri-ciri yang diwariskan oleh parents kepada anak melalui satu set arahan. Setiap organism baru mewarisi ciri-ciri yang mungkin sama atau mungkin berbeza dengan parents. Genes pula bermaksud segment deoxyribonucleic acid (DNA) yang menentukan ciri-ciri seseorang seperti warna mata dan kemampuan untuk menggulung lidah.

Model DNA
Ciri membawa erti pengelasan terhadap sesuatu benda seperti warna mata dan kebolehan menggulung lidah tadi. Sifat pula ialah pengkhususan bagi sesebuah ciri seperti mata berwarna biru atau boleh menggulung lidah. Jangan silap dan jangan tertukar. Ciri = Character atau Characteristics. Sifat = Traits.

Variation merujuk kepada perbezaan sifat atau ciri di antara dua individu. Semua individu berbeza. Tiada satu pun pasangan individu yang mempunyai exactly the same characteristics. Variation terbahagi kepada dua iaitu continuos variation dan discontinuous variation. Kedua-duanya dipengaruhi faktor persekitaran atau faktor genetic atau kedua-duanya sekali.

Graph of variation

Continous variation merupakan satu jenis variation yang tiada category yang jelas untuk membezakan mana-mana individu seperti tinggi, warna kulit, kepandaian dan berat badan. Maksudnya variation ini boleh berubah-ubah walaupun pada satu individu sahaja. Hari ini mungkin berat badan si X 63.75 kg, tetapi esok berat badannya berkurang sebanyak 1.25 kg dan menjadikannya 62.50 kg. Nampak? Berat badan manusia berubah-ubah.

Continuos variation dipengaruhi oleh faktor genetic dan faktor persekitaran. Kalau anda lihat bapa anda tinggi dan ibu anda juga tinggi, insya-Allah anda juga akan tinggi. Itu faktor genetic. Boleh jadi juga anda  rendah jika anda lihat datuk atau nenek anda dari kedua-dua belah pihak rendah.

Jika anda lihat bapa anda 'sihat' sahaja badannya dan ibu anda juga sama, adik beradik anda semuanya sama tetapi anda sahaja yang lain... anda kurus. Itu faktor persekitaran. Mungkin anda memang jenis yang tidak kuat makan seperti ahli keluarga anda yang lain. Mungkin anda jenis yang minat bersukan.

Graph warna kulit
Discontinuous variation pula excactly the opposite of continuos variation. Discontinuous variation mempunyai category yang jelas untuk membezakan seseorang seperti jenis darah, jenis rambut, cap jari dan kemampuan untuk menggulung lidah. Kalau hari ini si X mempunyai darah jenis O, sampai ke mati insya-Allah darah dia still jenis O.

Faktor persekitaran juga menentukan perangai seseorang. Anda pisahkan sepasang kembar dengan meletakkan mereka tinggal dengan dua completely different family. Selepas 15 tahun anda ketemukan mereka kembali. Pasti gaya percakapan, pemilihan bahasa, gerak badan, minat serta pemikiran akan berbeza.

Fraternal Twins
Maka, minat dan pemikiran individu berbeza kerana cara mereka di-brought up. Bukan kerana mereka mewarisi ciri-ciri ibu bapa mereka. Mungkin anak-anak akan mengikut perangai ibu bapa di rumah tetapi tidak semestinya di sekolah... kerana environment-nya berbeza.

Mungkin juga anak akan mengikut perangai ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali kerana mereka dibesarkan oleh individu itu sendiri. Jika dicampak anak itu ke sekolah berasrama penuh? Pasti lambat laun, pemikiran, gaya percakapan, pemilihan bahasa serta minat akan bertukar atau mungkin (amat jarang kot) kekal.

Maka, jika anak berbeza dengan ibu bapa... itu adalah kerana cara didikan yang berbeza. Ibu bapa mungkin jenis yang tidak mementingkan bentuk badan tetapi kerana anak dibesarkan dalam suasana yang begitu competative, maka si anak secara tidak langsung berminat untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik dan setanding dengan rakan-rakan atau mungkin lebih baik.

りゅたろ - Jika anda mahu anak ikut cara anda, letak dia di sisi sampai bila-bila

No comments: