Tuesday, December 21, 2010

BLOGGiNG

Assalamualaikum,

Pernah suatu ketika sebelum tamat alam persekolahan saya ada lepak-lepak dengan Fatin Nazirah di kelas. Ketika itu dia ingin tunjuk kepada saya sesuatu. Entah bagaimana terpacul keluar soalan dari mulut saya kepada dia menanyakan: "Fatin, kalau-lah-kan aku ditakdirkan untuk pergi dulu, kau rasa blog aku itu akan jadi salah satu peninggalan terbesar aku ke? Itu pun kalau blog tidak ter-delete dengan sendirinya-lah-kan?"

Kemudian saya tersenyum seorang diri dan berlalu pergi setelah mendapat jawapan daripada Fatin Nazirah (maaf, tidak ingat apa jawapannya). Saya bertanya pula soalan itu kepada Shahrul Izzat dan jawapan yang diberi: "Tak". Dumbstruck sebentar ketika itu.

Ya-lah, saya ketika itu tengah bloated gila sampai tidak ingat dunia sebab sudah on button philosophical dan memang terawang-awang sebentar. Tiba-tiba angan-angan itu dimusnahkan begitu sahaja oleh Shahrul Izzat.

Apa-apa pun, memandangkan saya jenis yang payah untuk turn back on my decision, maka saya tetap percaya bahawa blog saya ini menjadi sebuah peninggalan bersejarah (kot) buat sesiapa yang pernah hadir dalam hidup saya.


Saya juga percaya bahawa blog saya ini merupakan satu platform buat sesiapa sahaja untuk mengenali diri saya dengan lebih dekat. Seperti post saya mengenai saya seorang thinker, saya tidak akan bercerita tentang sesuatu atau share my thoughts se-wenang-wenang-nya dengan sesiapa sahaja. Hanya orang yang proved that they are worthy enough untuk dengar akan dengar. Siapa itu? Biasa-nya my best friends and Ibunda.

Dan saya percaya bahawa blog merupakan satu wahana yang cukup dynamic untuk saya luahkan pemikiran saya, rasa hati saya serta pandangan saya tentang apa jua perkara kerana blog ini setia. Dia tidak pernah hendak membangkang apa jua yang saya utarakan.

Alhamdulillah, comments dari pembaca seperti anda pula membantu saya membaik pulih blog ini ke tahap seperti yang anda lihat sekarang. Sesungguhnya pada permulaan dahulu, blog saya ini memanglah tidak menarik langsung. Tidak percaya? Tanya mereka yang pernah mengunjungi blog saya suatu ketika dahulu seperti Aiman Izuan Othman.

Setiap benda yang kita lakukan dalam dunia ini ada sebab. Saya juga percaya dari blog ini-lah anda, selaku pembaca, mampu untuk membuka pintu diri saya yang mungkin agak misteri bagi sesetengah orang atau yang tidak tersangka-sangka oleh orang yang lain.

Memandangkan saya rasa saya berkemampuan untuk menulis, mengapa persiakan? Tidak begitu? Jadi saya pun bertungkus-lumus untuk menyelesaikan segala updates yang telah bersarang lama di kepala ini hanya untuk anda, pembaca setia saya.

Maka itu menandakan bahawa saya telah pun meletakkan deadline kepada setiap post saya. Ya-lah, anda suka baca surat khabar minggu lepas yang issue-nya sudah pun lapuk dan basi sehingga kalau anda bercerita dengan rakan-rakan mengenainya hanya akan mengundang ketawa yang terbahak-bahak dan mungkin membuat mereka tersedak-sedak? Saya juga tidak mahu.

Lagipun hendak menulis kena ada mood. Kalau saya ada mood untuk menulis, banyak-lah ceritanya.

Selain daripada itu, saya juga menulis sementara ingat. Perkara yang ingin ditulis hanya akan ada dalam kepala. Bukan seperti documents, essays, message yang perlu di reply atau Instant Message (IM) di Facebook atau Yahoo Messenger (YM). Maka terperuk-lah saya melangok seorang diri di hadapan lap top ini seharian.

Itu merupakan antara apa yang saya percaya menjadi sebab mengapa blog ini tidak akan saya terminate dan menjadi sebab untuk saya terus-terusan menulis blog walau apa pun yang terjadi.

さちかわ - Pandangan seorang yang bebas...

6 comments:

hadri aziz said...

hey, mana nama aku!aku dah lama ngan blog ni eeh. ahahaha
btw, sape aiman izuan othman?

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

hehe,, post yg akan dtg merupakn penghargaan aq buat readers.,,

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

Aiman.,?? Cari laa kat tepi tue.,, die aderw blog gak.,,

hadri aziz said...

ha! bgus,! eh, tepi mana, x jumpa un?

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

pada column belah kanan kat bwh2 tue haa.,,

hadri aziz said...

ouh, dia ka, kenal3! kau kenal dia ka? kwan?