Assalamualaikum,
Saya mengetahui saya terpilih sebagai salah seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melalui kiriman Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Ketika itu punya-lah menyumpah seranah orang-orang di Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan mula-lah timbul gossip-gossip hangat yang begitu laris di mulut Form Fives macam pisang goreng panas cicah sos cili. Ada kata cikgu bagi nama-lah, ada kata ikut nombor Identity Card (IC), ada yang kata JLKN ikut adik beradik, ikut tahap keaktifan dalam sekolah dan sebagainya.
Saya cuma tidak mahu botak atau hitam sahaja. Tetapi lama-kelamaan saya mula menerima hakikat bahawa kalau sudah menjadi ketentuan dan kemestian, saya mahu buat apa untuk tolak takdir? Jadi botak dan hitam bukan-lah satu masalah yang cukup besar bagi diri saya.
Sudah menjadi satu kebiasaan bagi diri saya untuk prepare se-prepare-prepare-nya sebelum melakukan something big. Jadi saya ada lakukan sedikit research terhadap Kem Sinar Jaya (KSJ) dan kehidupan dalam PLKN. Maka sebelum tiba hari pendaftaran pada 2 Januari 2011 saya sudah pun tahu sedikit sebanyak tentang tempat-tempat dalam kem serta bagaimana kehidupan di dalamnya. Kesimpulan yang saya buat, hidup di dalam kem PLKN adalah serupa seperti hidup di dalam asrama. Cuma ada sedikit perbezaan dari segi activity dan suasana.Akhirnya, kesimpulan yang saya buat tepat (seperti kebiasaan bagi seseorang yang ada instinct yang tajam). memang-lah kehidupan dalam PLKN sama sahaja dengan kehidupan di asrama. .