Wednesday, December 22, 2010

PEMBERiTAHUAN PEMBAHARUAN PAGE

Assalamualaikum,

Mungkin anda perasan. Mungkin anda tidak perasan. Yang pasti, saya telah melakukan beberapa pembaharuan baru pada blog saya (bertungkus-lumus berjaga malam semalam untuk memperbaharui blog). 

Mengenai template blog ini.. seperti yang telah saya beritahu, terima kasih kepada Syahmi Zainuddin atas comment anda.

Anda sudah lihat-lihat column sebelah kanan blog ini? Kalau belum jawapan anda... lihatnya sekarang. 


...

...

...

sudah? Belum hendak lihat lagi? Tengok juga. Saya tidak kira. Tengok sekarang!

...

...

...

sudah? Bagus! 

Bagi yang tiada plug-ins.. dapatkan plug-ins yang diperlukan sekarang. Berikut merupakan perkara-perkara yang telah saya ubah:
  1.  KAMU CRUISER KE
  2. BARU BACA BLOG iNi
  3. BACA BY BULAN
  4. CUBA CARi
  5. FRiENDS FOREVER
  6. LOVE TO GO BACK WHEN WE ARE STiLL iNTACT
KAMU CRUiSER KE itu, saya telah menggunakan khidmat Blogger. Kalau sebelum ini saya menggunakan third party's gadget... kini sirih telah pulang ke gagang (faham?). Jumlah pembaca bertambah dari 1200 kepada 2600 adalah disebabkan oleh Blogger telahpun menyimpan data jumlah pengunjung blog saya sejak dahulu lagi.

BARU BACA BLOG iNi merupakan satu penambahan apabila saya mengasingkan Feedjit: Life Traffic dari KAMU CRUiSER KE-. Tujuannya kerana saya ingin menggabungkan dengan recent visitors. Namun, sampai sekarang saya tidak tahu bagaimana mahu menggunakan recent visitors. Sesiapa yang tahu tolong berikan tunjuk ajar. Terima kasih.

BACA BY BULAN telah saya gugurkan dari kemunculan di column sebelah kanan. Pada hemat saya, macam menyemak sahaja kalau blog archive itu wujud. Saya sudah ada PENGELASAN POSTS, baca sahajalah dari situ.

CUBA CARi telah saya tambah isi kandungannya. Saya juga telah meng-rename-kan blog-blog tersebut untuk memudahkan anda selaku pembaca memilih blog siapa untuk anda baca. Mungkin ada blog yang anda tidak tahu wujud. Oh ya! Sabriza itu kakak Ummar Fitri ya.

FRiENDS FOREVER saya buat menggunakan application Photobucket. Saya merasakan bahawa kalau saya letak gambar-gambar seperti dahulu itu hanya memakan ruang yang lebih besar dan kurang menarik gaya penyampaiannya. Sekurang-kurangnya kini gambar-gambar itu bertukar-tukar menggunakan konsep slide show dalam satu ruangan sahaja. Message yang ingin disampaikan kelihatan lebih mudah.

Kes yang sama berlaku pada LOVE TO GO BACK WHEN WE ARE STiLL iNTACT. Selain daripada save ruang dan message sampai, saya juga ada menambahkan beberapa gambar baru. Mereka merupakan rakan-rakan yang pernah hadir dalam hidup saya, pernah menggembirakan hati saya dan kini... mereka sudah agak jauh.

Anda juga ada perasan pemerengganan kini sebaris di sebelah kanan? Tidak faham? Perenggan saya kini nampak lebih kemas. Jika anda ingin lihat perbezaannya, cuba scroll kebawah sedikits ehingga post sebelum ini dan lihat perenggannya. Kemudian kembali ke sini untuk lihat perenggan post ini pula. Nampak perbezaan?

Maka, itu sahaja perubahan baru pada blog ini.

さちかわ - Asasnya sama sahaja..

No comments: