Pertama, mengapa tulisan pada tajuk post ini berbeza? Anda tidak perasan? Illahi harus ditulis dengan huruf 'i' besar pada pangkalnya kerana kita merujuk kepada Allah, Tuhan Pencipta Sekelian Alam.
Kedua, Pernah anda dengar Langit Illahi? Belum? Cuba ke blog Langit Illahi atau ke laman web Langit Illahi (click sahaja pada 'blog Langit Illahi' atau 'laman web Langit Illahi'. Itu adalah link). Blog Langit Illahi kini telah pun tiba ke titik noktahnya. Jika anda mahu mengetahui sebabnya, bacalah di blog itu sendiri. Laman web Langit Illahi pula masih dalam pembikinan semasa post ini ditulis.
Tergerak hati saya untuk menulis mengenai Langit Illahi ini adalah kerana saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang hadirnya nur Illahi dalam hati saya.
Ketika berada di rumah beberapa bulan yang lalu (sewaktu pulang bermalam dari MRSM K. Kubu Bharu), Ayahanda ada menghadiahkan buku yang bertajuk Langit Illahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya tulisan Hilal Asyraf pelajar Universiti of Yarmouk, Jordan. Universiti yang sama memberikan Ijazah Doktor Kehormat dalam Pentadbiran Pendidikan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Muka hadapan buku |
Bagi menjaga hati Ayahanda saya bawa buku itu ke maktab dengan niat untuk membacanya tanpa mengetahui bila akan tiba saat itu. Saya juga membawa novel Fallen yang baru dibeli setelah berbulan-bulan saya tunggu dan cari di MPH.
Setelah selesai membaca Fallen (sedikit disappointed dengan jalan ceritanya), saya kebosanan buat beberapa hari kerana tiada apa-apa untuk dibaca. Setelah matahari duk turun naik, turun naik, terbit pula keinginan di hati saya untuk cuba-cuba membaca Langit Illahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya (padahal buku Don't Be Sad pun tidak habis baca lagi... sampai sekarang).
Digagahkan juga hati untuk membacanya. Mula-mula dulu.... memang! Memang saya rasa tidak best langsung buku tersebut. Entah apa-apa yang diceritakan. Dengan bahasa yang agak tunggang-langgang (cerewet). Fine. Saya memang ingin menulis begini. Biarlah campur aduk ke... rojak ke..
Berbalik pada topik. Memang sungguh tidak menarik hati buku itu. Banyak sangat dibicarakan tentang cinta. Cinta Allah. Cinta agama. Cinta itu ini bagai. Muak dibuatnya. Itu mindset saya sehinggalah tiba saatnya saya membaca entry ke-18 bertajuk Cinta Rasulullah Memantapkan Cinta Allah pada muka surat 75.
Entah kenapa terasa syahdu tiba-tiba (ketika menulis ayat tadi hendak menangis rasanya). Mungkin kerana Hilal Asyraf telah mezahirkan emosinya melalui penulisan entry tersebut. Terbuka hati saya untuk melihat Islam ketika itu.
Mulai hari itu juga saya berazam untuk membaca hanya satu entry setiap hari selepas solat Asar untuk mendapatkan constant reminder of Allah. Mungkin anda yang ada membaca post-post saya sebelum ini ada terperasan beberapa post saya menjurus kepada pemikiran Islamic (mungkin sekitar TRiBULASi...kot).
Memang saya tidak sangka buku itu mampu mengubah hati dan perspective saya buat selama-lamanya. Melalui nur yang dianugerahkan oleh Allah itu, saya dapat macam-macam. Mengenai hadiah dari Illahi itu... post yang akan datang sahaja-lah ya!
さちかわ - Berminat? Jangan berlengah lagi... cari cepat!
No comments:
Post a Comment