Saturday, December 25, 2010

REASONiNG

Assalamualaikum,

Ramai yang terkejut dan bertanya: "Kenapa tukar nama?"

Maaf kepada Muhammad Hatim Afiq kerana telah menyusahkan anda yang sedang bertungkus-lumus untuk menjayakan komik terbaru anda. Saya tidak tahu komik itu merupakan spin off komik yang lama (Fortress).

Mengikut sejarahnya, saya dan Ahmad Faiz Hasan Basri serta Seri Ruzaireen Mohd Zaini dahulu merupakan satu group pelukis yang sangat rapat. Tidak tahu mengapa sekarang renggang. Bukan itu perbincangan kita kali ini! Ketika berada dalam group ini, saya agak tertarik dengan konsep setiap pelukis mesti ada nama sendiri. Ala-ala stage name begitu.

Teringat pula pada kata-kata Fakrullah yang menyatakan perkara yang serupa. Maka saya bertungkus-lumus gigih berusaha untuk mendapatkan stage name. Hasilnya? I came up with: Sach. Seri Ruzaireen kata nama itu tidak berapa sesuai. Ditambahnya dengan 'ikawa' agar menjadi Sachikawa.


Setelah sekian lama menggunakan nama itu, datang beberapa kesedaran untuk memiliki nama dalam bahasa Jepun yang mempunyai makna tersendiri yang unique dan baik. Lama juga saya mencari jalan untuk membuat nama Jepunyang mempunyai makna.

Ketika sedang Facebooking dengan Ahmad Faiz Hasan Basri, kami ada berbincang mengenai pertukaran nama. Kalau ikut gaya Faiz, dia lebih selesa untuk mengekalkan Sachikawa kerana sentimental value-nya sangat tinggi. Pada dia, jika saya tidak lagi menggunakan nama Sachikawa bagaikan connection hidup saya betul-betul putus dengan Seri Ruzaireen.

Seperti yang saya kata sebelum ini... apabila saya telah decide, susah untuk ubah decision tersebut. Maka saya proceed juga dengan mem-propose nama Ryutaro Sanada yang secara tiba-tiba sahaja popped out dari kepala. Faiz tidak berapa suka. Mungkin selain daripada sentimental value, nama itu juga ada kaitannya dengan nama Huzaifiq.

Kami pun melancarkan Gerakan Mencari Nama Jepun Bersama-sama. Macam-macam kami jumpa. Nama depan, mana belakang (surname). Faiz ada memberi berberapa cadangan dan saya setuju dengan Ryutaro Yamashita.

Ryu dalam bahasa Melayu bermaksud naga. Taro pula bermaksud big boy. Yamashita membawa erti under the mountains. So, nama saya mempunyai maksud sebagai naga big boy under the mountains? Tidak. Maksud nama saya ialah The Son of The Dragon Under The Mountain. Gah-kan?

Asalnya saya ingin nama Korea tetapi sukar unutk ditulis dan saya tiada apa-apa ilmu asas bahasa tersebut. Maka saya pilih juga bahasa Jepun. Asalnya juga, saya mahukan phoenix. Namun dragon pun boleh tahan juga.

Pada saya, saya memerlukan haiwan fantasy yang gedebabom (apa pula ini?) untuk mewakilkan diri. Kalau boleh mesti yang flying punya... baru rasa free, majestic, powerful and magical. Faiz pula memberi nama-nama keluarga untuk dipilih. Maksud pun dia sudah sediakan, tinggal pilih sahaja. Saya pilih under the mountain sebab sangat sesuai dengan diri saya. Ingat lagi post saya mengenai ROAD NOT TAKEN?

Maka, hasilnya saya setuju bahawa Ryutaro Yamashita membawa erti sesuatu keajaiban yang tersorok dan menunggu masa untuk keluar. Atau mungkin nama itu membawa maksud sesuatu yang tidak jerjangka-jangka (fortunate) akan berlaku. Mungkin juga: Sesorang yang sangat powerful saya simpan senyap-senyap dalam hati untuk mengelakkan orang tahu diri saya yang sebenar.

りゅたろ - Adakah anda perasan satu label sahaja dibiar dengan nama lama?

No comments: