Tuesday, March 22, 2011

TAKLiD BUTA

Assalamualaikum,

Zaman kecil-kecil dahulu, bila orang ketuk kepala sahaja, kita akan tap dagu guna belakang tangan ke arah atas. Alasan, tidak mahu ilmu jatuh. Di Sabah pula ketika cakap palis-palis (equivalent to Simpang Malaikat 44 to orang Semenanjung), mereka akan ketuk something keras sebanyak tiga kali. Apabila ditanya kenapa buat begitu, Kenapa tap dagu?, Kenapa ketuk tiga kali?... ramai yang termanggu-manggu. Tidak jawab persoalan.

Itulah dia masyarakat kita. Sentiasa melakukan sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti dan tidak tahu kebenaran serta kesahihannya. Maka kenapa buat?

Istilah saya, bertaklid buta. Tidak baiklah kita cakap membabi buta. Karang ada orang marah... so, term yang kita pakai is bertaklid buta. Bertaklid buta ialah melakukan sesuatu dengan jayanya tanpa mengetahui kenapa atau atas dasar apa kita melakukannya. Kiranya kita mengikut sesuatu amalan atau perbuatan tanpa mengetahui sebab-musababnya.



Kalau dalam Islam, benda inilah yang menakutkan. Sebab kita mengikut perbuatan yang dikatakan ibadah tanpa mencari asal-usulnya SENDIRI (yang diceritakan oleh orang lain tidak diterima walaupun dia merupakan ustaz bertauliah). Sebaik-baiknya kita mengkaji Islam itu dengan mata dan kepala sendiri. Bukannya sibuk menganga meminta disuapkan oleh sesiapa sahaja.

Dalam amalan lain pun sama. Kita kena tahu kenapa pakai macam itu, kenapa buat benda ini macam ini, kenapa makan macam itu dan sebagainya. Tidaklah kita terkial-kial hendak menjawab. Dan alasan kita lakukan sesuatu itu tidak bolaeh tidak dan hendaklah mesti mempunyai sandaran yang kukuh lagi utuh. Kalau kita tap dagu sebab takut ilmu jatuh, buktikan ilmu kita jatuh.

Dapat? Tidak bukan? Jadi dalam kata lain buang perangai tersebut. Kenapa ketuk tiga kali kalu cakap palis-palis? Kenapa bila suasana bising and tiba-tiba jadi senyap kita kata malaikat lalu? Boleh tolong buktikan pada saya? Kalau boleh, saya akan cuba cari ruang untuk goyahkan hujah anda. Kalau saya tidak mampu baru saya percaya hujah anda tepat, bernas dan boleh digunapakai.

りゅたろ - Buatlah sesuatu yang bukan lagha

No comments: