Wednesday, March 23, 2011

SAYA TAHU ANDA MAHU TAHU...

Assalamualaikum,

Betul bukan? Kamu pasti mahu tahu result saya bagaimana? Berapa A, B, C, D, E, F dan G? Baiklah. Mari sini.

Click untuk membesarkannya


Alhamdulillahi Rabbi Al-Alamin. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Itu sahaja yang mampu untuk saya ucapkan. Hanya setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi. Apa guna usaha kalau Allah tidak mengizinkan? Apa guna kejayaan jika tidak diberkati-Nya?

Seperti yang saya janjikan kepada beberapa orang yang chat dengan saya di Facebook, saya akan construct satu article mengenai result Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kalau result saya hebat, akan penuh-lah article dengan ucapan-ucapan terima kasih. Jika result saya kurang bagus (masih dalam tahap bagus... sebab semua result bagus), pun akan penuh ucapan terima kasih sana-sini cuma ada sedikit penaik semangat buat diri sendiri.

Maka, sesungguhnya apalah kejayaan yang saya raih, kalau tiada bantuan, tunjuk ajar, homework,  set soalan latihan yang SANGAT banyak, folio-folio tebal yang tidak habis-habis kena siapkan (tulisan tangan pula itu!), marah-marah, sumpah seranah, denda, sebat sana sini, dan banyak lagi benda yang cikgu-cikgu buat untuk memastikan kecerlangan saya. Tiada apa yang mampu saya buat. Saya tidak boleh bayar tenaga guru, tidak boleh putar balik masa untuk hantar semua homework on time, tidak boleh kembali buat SPM, tidak boleh segala-galanya. 

Maka saya harap, hanya dengan ucapan terima kasih ini sudah cukup untuk membalas semua penat lelah cikgu, jerih payah cikgu, suara cikgu-cikgu yang terlolong dan terpekik memastikan kami hantar homework, memastikan kami datang kelas, sampai tepat pada masanya ke Prep, bangun subuh pagi-pagi dan banyak lagi sebab musabab suara cikgu digunakan; juga untuk masa cikgu yang telah cikgu habiskan untuk kami [kelas tambahan, Prep petang, Prep malam, Prep sabtu, Prep ahad, waktu rehat, waktu balik, awal pagi (physics especially) dan lewat malam (program guru muda, especially Chemist)]; duit minyak cikgu; duit cikgu beli kertas, fotostat, kena jawab pada 4 boss besar sebab fotostat soalan banyak-banyak, layan kerenah kami yang hilang kertas dan sebagainya. (Banyak lagi... tetapi tidak larat hendak tulis)

Saya juga harus ucapkan terima kasih kepada semua individu yang telah berdoa untuk kejayaan saya dan seluruh batch saya khususnya Ayahanda, Bonda dan guru-guru. Dengan berkat doa anda semua-lah dapat membantu doa saya sendiri untuk meminta kecemerlangan yang tidak terhingga.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan terutamanya Mohamad Shahrul Izzat Abdul Rahman, Azlan Zainal Abidin, Muhammad Syahmi Zainuddin, Muhammad Hatim Afiq Rafingei, Ahmad Firdaus Syafie, Gassry Nazmy Shaharuddin dan ramai lagi. Kerana mereka-lah yang membantu saya untuk belajar apa yang saya tidak faham; membantu saya hilangkan stress; membantu saya seewaktu saya ada dalam masalah; mengajar saya kehidupan, memberi saya galakan, dorongan, sokongan serta motivasi; memberi pandangan, pendapat, kritikan dalam apa jua perkara; meneman saya kemana sahaja; melayan kerenah saya yang GILA dan banyak lagi. (Pun malas hendak tulis)

Huih... pendek kata, terima kasih kepada semua orang yang wujud di muka bumi ini. Baik dari saya tadika, sekolah rendah (kebangsaan dan agama), sekolah menengah (Padang Tembak, MRSM Batu Pahat, MRSM Kuala Kubu Bharu), Program Latihan Khidmat Negara (Kem Sinar Jaya. Baik jurulatih, mahupun pelatih) jiran-jiran dan semua orang-lah!

りゅたろ - Pening kepala fikir siapa yang patut diucap terima kasih

3 comments:

Anonymous said...

suke the last pharagraph..hahahah 8) (nurul @ tadika felda)

Anonymous said...

suke the last pharagraph.. hahahaha 8) (nurul @ tadika felda)

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

Nurul Syazwina., anda merupakan individu yang ajar saya tiup gula2 getah., tahu.,??