Wednesday, March 16, 2011

MENGENAi PLKN

Assalamualaikum,

Saya mengetahui saya terpilih sebagai salah seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melalui kiriman Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Ketika itu punya-lah menyumpah seranah orang-orang di Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan mula-lah timbul gossip-gossip hangat yang begitu laris di mulut Form Fives macam pisang goreng panas cicah sos cili. Ada kata cikgu bagi nama-lah, ada kata ikut nombor Identity Card (IC), ada yang kata JLKN ikut adik beradik, ikut tahap keaktifan dalam sekolah dan sebagainya.

Saya cuma tidak mahu botak atau hitam sahaja. Tetapi lama-kelamaan saya mula menerima hakikat bahawa kalau sudah menjadi ketentuan dan kemestian, saya mahu buat apa untuk tolak takdir? Jadi botak dan hitam bukan-lah satu masalah yang cukup besar bagi diri saya.

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi diri saya untuk prepare se-prepare-prepare-nya sebelum melakukan something big. Jadi saya ada lakukan sedikit research terhadap Kem Sinar Jaya (KSJ) dan kehidupan dalam PLKN. Maka sebelum tiba hari pendaftaran pada 2 Januari 2011 saya sudah pun tahu sedikit sebanyak tentang tempat-tempat dalam kem serta bagaimana kehidupan di dalamnya. Kesimpulan yang saya buat, hidup di dalam kem PLKN adalah serupa seperti hidup di dalam asrama. Cuma ada sedikit perbezaan dari segi activity dan suasana.Akhirnya, kesimpulan yang saya buat tepat (seperti kebiasaan bagi seseorang yang ada instinct yang tajam). memang-lah kehidupan dalam PLKN sama sahaja dengan kehidupan di asrama. . 


Yang paling saya teringin untuk cerita ialah, PLKN bukan kem tentera! PLKN langsung tiada kaitan dengan ketenteraan secara 100%. Jadi bagi mana-mana pihak di luar sana yang membayangkan kami pelatih PLKN berkawad 24 jam, angkat senjata... lets say... 2 or 3 kali seminggu dan hidup dalam hutan or things like that, buat jerih otak sahaja. PLKN bukan seperti itu.

Pada pendapat saya (disokong oleh jurulatih-jurulatih), PLKN ditubuhkan untuk melatih sebilangan dari anak muda hari ini mengenai kehidupan yang lebih sempurna. Hidup tanpa gejala sosial, hidup dengan perkembangan diri yang dinamik, hidup dengan melihat hala tuju dengan jelas dan seumpamanya. Cara untuk melatih wira dan wirawati dalam tempoh tersebut ialah dengan mengadakan kelas yang mempunyai aspek-aspek seperti perbincangan dalam kumpulan, pembentangan, pembacaan, penceritaan, lakonan, nyanyian, tarian dan sebagainya. 

Jika anda mengatakan aspek-aspek hiburan terletak kepada arah patriotik sahaja, anda silap. Kami menyanyi lagu Gemuruh oleh Faizal Tahir, kami buat lakonan yang lawak-lawak, kami ada juga ber-shuffle, ber-tectonic, break dance dan sebagainya. Bukan lagu Faizal Tahir sahaja kami nyanyi, lagu Adira ada, Samsons ada; pendek kata kami berhibur seperti orang biasa. Siap ada Plasma TV lagi! Belum kata Astro.

Di blok, kami ada kipas siling, plugs untuk charge phone, katil yang serba lengkap dengan tilam, bantal, selimut, cadar dan sebagainya, bilik air ada tandas, ruang mandi shower, ruang mandi kolah, tempat basuh baju dan sebagainya. Ada water cooler lagi! Setiap blok ada bilik jurulatih untuk kita ketuk jika ada masalah, apa jua masalah. 

Sabtu dan Ahad? Kami free se-free-free-nya! Memang bangun lambat, tidur sepanjang hari, tengok cartoon ke... Senang kata hidup kami selesa. Bagi yang pernah bersekolah berasrama penuh, memang sama seperti kehidupan sewaktu bersekolah cuam tiada homeworks! Maka, bagi pihak luar yang menganggap kami hitam, botak, berbadan sasa, seperti askar dan benda-benda yang sama waktu dengannya itu, tidak payah-lah. Anda hanya membuang masa meletakkan persepsi anda begitu.

Setiap kem berbeza mengikut Komandan Kem. Seperti sekolah berasrama penuh... seperti MRSM. Sistem MRSM semua sama. Pakaian, waktu makan, menu makan, jadual harian, kemudahan dan sebagainya. Tetapi reka letak dan susun atur few things are a little bit different. Like activities, tidak sama bagi semua MRSM. Ada yang Ujian Selaras awal, ada yang Minggu Aktiviti buat aktiviti itu ini. Semua tidak sama dari segi itu, tetapi pada asasnya, MRSM tetap MRSM.

Begitu juga-lah PLKN. Bukan saya sudah berbuih beritahu? PLKN macam asrama. Maka, aktiviti semua kem sama, ada Modul Pembinaan Karakter, Modul Kenegaraan, Modul Integrasi, Modul Khidmat Komuniti, Modul Fizikal, Program Penghayatan Sastera dan Budaya serta banyak lagi. Tetapi tarikh perlaksanaan, cara perlaksanaan, gaya penyampaian dan aktviti-aktivit tambahan terletak pada budi bicara Komandan serta Timbalan Komandan Latihan.

Seperti yang anda lihat sendiri, Komandan seperti Pengetua, Timbalan Komandan Pengurusan dan Timbalan Komandan Latihan seperti Timbalan Pengetua. Sistem hampir sama dengan.... sekolah berasrama (tak habis-habis!)

Maka, bagi yang pernah bersekolah asrama penuh seperti saya... PLKN itu best? Tidak! PLKN tidak best. Hanya biasa, kerana kehidupannya sama seperti di sekolah dahulu. Namun PLKN bukan neraka mahupun penjara atau kem tentera. Anda harus ingat itu!

りゅたろ - Tension dengan pandangan lapuk

No comments: