Wednesday, March 16, 2011

MENGENAi SABAH

Assalamualaikum,

Bagi pembaca articles yang lepas-lepas, masing-masing sudah tahu-menahu bahawa saya telah mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sinar Jaya (KSJ) di Kota Belud (KB), Sabah. Dalam kem tersebut terdapat seramai 54 pelatih dari Semenanjung yang kesemuanya dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL). Pelatih-pelatih dari Sabah rata-rata datangnya dari daerah BeufortKeningauKota Kinabalu, KudatPapar, Penampang dan Tuaran (WOW! Alphabetical order! Memang perfectionist punya Ryuu). Kesemua 318 pelatih ini merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2010.


Maka, tidak wajarlah untuk saya, walaupun telah bersama 264 pelatih dari Sabah ditambah pula dengan jumlah Jurulatih dan Staf Pengurusan yang juga dari Sabah, untuk mengatakan saya telah mengenali Sabah.


1. Faktor Umur



Seperti yang telah saya perkatakan tadi, sebilangan besar dari orang-orang Sabah yang saya lihat setiap hari merupakan rakan-rakan yang semuanya sebaya dengan diri saya sendiri. Kumpulan rakan-rakan saya ini tidak menjadi representative untuk kesemua rakyat Sabah kerana saya tidak berpeluang untuk mengenali anak-anak kecil mahupun warga emas.


2. Faktor Ethnic


Antara pakaian tradisional ethnic di Sabah

Sabah merupakan sebuah negeri yang mempunyai 33 ethnics yang berbeza sebagai penduduknya. Ethnic-ethnic ini pula mempunyai budaya, bahasa beserta gaya yang berbeza-beza mengikut kepada amalan masing-masing. Namun masih ada yang mempunyai persamaan. Setiap ethnic ini pula mempunyai kepadatan berbeza-beza mengikut tempat selain daripada mempunyai bilangan yang tidak sekata antara satu sama lain. Semasa di KSJ saya tidak sempat untuk mengenali budaya, tradisi, adat resam, bahasa serta makanan sebilangan besar dari ethnic-ethnic ini.


3. Faktor Lawatan

Pasar Philippines

Menjadi satu peraturan dalam PLKN bahawa pelatih tidak dibenarkan keluar dari kem sama sekali melainkan atas urusan tertentu dan mendapat kelulusan dari Komandan Kem atau pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN). Saya hanya berpeluang untuk keluar 2 hari pada cuti Tahun Baru Cina (CNY), 3 kali untuk ke bank, sekali untuk Khidmat Komuniti (KK), sekali untuk ke Pasar Philippines serta setiap hari Jumaat untuk Solat Jumaat. Saya hanya mampu untuk mengenali budaya Sabah dengan lebih dekat sewaktu lawatan CNY (16 jam), KK (5 jam) dan Pasar Philippines (5 jam) yang keseluruhannya mencecah 3 hari  (36 jam) dari 72 hari (1 728 jam) di Sabah.

Maka, tidak perlulah anda bersusah-payah mahu tanya saya atau rakan-rakan yang menjalani PLKN di Sabah atau Sarawak (bagi dari Semenanjung) atau di Semenanjung (bagi dari Sabah atau Sarawak) kerana kami memang terperap dalam kem, hanya mengenali 1% hingga 5% dari keseluruhan bahasa, budaya, adat resam, makanan, pakaian dan sebagainya. Kami masih mampu bercerita mengenai orang Sabah, Sarawak atau Semenanjung tetapi penceritaan kami adalah tidak tepat 100%. Masih banyak yang kami tidak ketahui.

りゅたろ - Tension dengan soalan orang

No comments: