Sunday, March 27, 2011

KiTA TiDAK LAGi SEHALUAN

Assalamualaikum,

Sewaktu di Kem Sinar Jaya, semasa Cuti Tahun Baru Cina, saya ada ber-message dengan Azlan Zainal Abidin. Baru saya tahu bahawa dia bakal (time tu la) melanjutkan pelajaran di Kolej MARA Kuala Nerang dengan Norashikin Zulkifli. Buat foundation kalau tidak silap.

Adalah style MRSM sikit.
Bila hampir-hampir tamat latihan, saya baru dapat tahu bahawa Ariff Nadzmi Abdul Jalil, telahpun mula pengajian di Universiti Teknologi PETRONAS bersama Ngah Mohd Zarif Izzat sejak January lagi. Sewaktu itulah the biggest wave hitted me.





Wave tu sebenarnya dah datang sejak Kes Azlan lagi, tapi tidak-lah kuat. Cuma bila dapat tahu Kes Fly pula... memang badai tu menghempas diri ini sehingga the wave of realization itu menunjukkan kami bukan lagi sehaluan. 

Ya-lah, sebelum-sebelum ini, sewaktu berada di sekolah rendah, saya dan rakan-rakan punya satu matlamat iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Sewaktu di Sekolah Menengah (menengah rendah) pula kami semua memikirkan satu matlamat sahaja... Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bila tiba di Tingkatan 4, saya dan rakan-rakan melihat pula kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Namun, tamat sahaja menduduki SPM... kami perpecah, berpisah dan tidak lagi sehaluan. Masing-masing membawa diri. Memacu diri sendiri ke arah kecemerlangan atau kemusnahan dengan acuan masing-masing. Tiada lagi saling menyokong belakang orang (literally.. like tolong tahan orang tu jatuh). Tiada lagi tempat untuk kita belajar dan mengajar benda yang sama. Tiada lagi didenda, buat homework dan sebagainya sama-sama.

Sekarang, kita ada haluan masing-masing. Yang kerja focuses on kerja. Yang driving focuses on driving. Yang further their studies pula focuses on kehidupan macam tu. Umur sama tetapi tindakan dan reflexes berbeza. Saya rasa sedikit aneh. Yalah, being a person like me, dengan achievements yang macam-macam satu masa dulu... tapi sekarang duduk goyang kaki kat rumah menanam anggur.

Rasa sedih tu ada juga. Hidup dengan rakan-rakan yang selama ini menjadi sandaran dan titik motivasi, yang menjadi penggerak diri sebab merekalah tempat saya luahkan banyak frustrations dan mereka dengar relax sahaja. Hilang sikit tension tu.

Tidak apa. Kita pursue our own different lives. Buat pilihan for diri kita. Lakukan yang terbaik untuk memajukan diri. Kini, mesti betul-betul berdiri di atas kaki sendiri, tiada sokongan-sokongan lain. Semua yang kita lakukan sebab diri kita dan hasilnya untuk diri kita. Kita tidak lagi sibuk carry beban orang supaya sama-sama berjaya. Kini, kita sendiri...


りゅたろ - Tukar style tulis sikit.

No comments: