Friday, March 18, 2011

PENJELASAN

Assalamualaikum,

Macam biasa, setelah menukar itu-ini bagai... saya mesti  kena buat penjelasan kepada anda semua mengenai segala benda yang saya buat.

1. Dari $UBCONCIOU$ MiND ke PERCHAHAYA

Baiklah mungkin (MUNGKIN sahaja.. tidak semestinya betul) ramai yang terkejut. Tiada ribut, tiada hujan... tup-tup, tahu-tahu sahaja... sudah berubah. Well, the reason saya tiba-tiba tukar URL blog ini adalah disebabkan oleh... susahnya hendak tulis 'subconcious-mind'. Satu, eja sudah-lah salah. Orang subconscious, bukan subconcious (hilang 's' antara 'n' dan 'c'). Lepas itu ada dash-dash pulak itu. Apa itu dash? Haaa... dalam Bahasa Melayu (BM) dash itu sengkang. Apa pula sengkang ini? Haaa... itu-lah yang saya cakap. Susah hendak taip, susah hendak terang... serba-serbi susah.. (boleh sebenarnya... tapi malas!)

2. Ada pula navigation bar dekat atas itu

Ramai tidak perasan bukan? Sebab tulisan dia kecil sangat.... tetapi at least ada daripada tidak ada. Sekarang, tidak perlulah anda cari labels (itupun kalau anda pernah guna). Anda hanya perlu click di navigation bar dekat atas itu kemudian tiba-lah anda di page yang sepatutnya. Navigation bar itu terdiri dari Anekdot Kehidupan (menceritakan kehidupan saya), This Is Me (sesuatu yang berkaitan dengan DIRI saya... meaning memang mengenai saya... Alah... about me! Haaa kan senang cerita), Melawan & Menegur (orang sekeliling saya atau alam maya), Pemikiran, Pandangan, Pendirian & Prinsip (faham-faham-lah), Rakan, Islamic, PLKN dan Riang Ria (penuh dengan articles yang focus on gambar).


3. Wujud Takwim dan Tarikh

Itulah fungsi navigation bar satu lagi. Membolehkan dan membenarkan saya add Takwim dan Tarikh which is actually my blog archive. So, bagi sesiapa di luar sana yang tidak berapa minat untuk baca by labels which divides everything into segments, boleh-lah baca by this Tarikh dan Takwim sebab dia divide everything by tarikh. So, boleh-lah anda melihat my progress, my issues mengikut tarikh dan sebagainya.

4. Ahmad Faiz's Blog

Blog ini masih lagi baru macam setahun jagung (setahun ke? Macam tidak sampai sahaja) atau masih macam budak hingusan.... tetapi itu tidak baiklah kan... maka saya samakan blog itu dengan sekuntum bunga mekar. Tidak lama lagi sampailah ke tahap berjuta-juta bunga mekar. *ketawa comel-comel* Jangan marah! Blog ini mempunyai gaya penulisan yang hampir sama dengan gaya penulisan saya (study background kot). Dengan issues yang hampir serupa. Saya baru sahaja tambah blog ini di segment Cuba Cari. So, cari-lah!

5. Articles and segments

Mulai sekarang, saya akan refer benda-benda dalam blog ini macam benda-benda dalam magazine. Kalau dulu posts, sekarang articles. Kalau dulu labels, sekarang segments. Benda-benda yang berbaris dekat tepi kiri itu pun dipanggil segments juga. Saya rasa macam upgrade sikit bila panggil nama-nama benda-benda ini lain dari biasa. Macam dapat pengiktirafan begitu... PERASAN!

Maka, setakat ini... itu sahaja-lah. Kalau ada masa... saya menulis lagi malam ini. Mungkin saya akan menulis mengenai...

りゅたろ - Mana bulih kasi tau. Nanti kau pulis! (Mana boleh beritahu. Nanti kau polis! Ikut style orang Sabah cakap)

No comments: