Sunday, March 20, 2011

KONSEP BANGSA MALAYSiA

Assalamualaikum,

Saya pernah mendengar term Bangsa Malaysia before this, which is a term yang hendak mempamerkan kita Malaysians as a whole, bukan ikut bangsa. Well, pada pandangan saya it's a good thing to do sebab memang kita kena meletakkan diri as a nation yang ada satu bangsa iaitu Bangsa Malaysia.

Bangsa Malaysia is actually satu rumpun bangsa yang terdiri dari pelbagai kaum dan bersatu atas dasar kewarganegaraan. Meaning, kalau Malays, Chinese, Indians and all Bumiputras (wujud ke bumiputra dalam English. I mean bumiputras?) yang menjadi rakyat Malaysia, bernaung bawah Jalur Gemilang dikira satu bangsa kerana kerakyatan mereka terletak pada Malaysia. Everything is so nice and simple...WRONG!



OK, kalau kita hendak wujudkan Bangsa Malaysia, can anyone tell me macam mana Bangsa Malaysia itu? Pakaian? Makanan? Adat? Budaya? Tiada bukan? Jadi Bangsa Malaysia ini bangsa apa?

Saya bukan ingin menghasut atau apa, saya hanya mahu mengajak anda berfikir. Kerajaan ingin mewujudkan satu bangsa sahaja dari berpuluh (mungkin beratus) kaum di Malaysia atas dasar perpaduan. Kita mahukan apabila kita melawat negara orang lain, kita datang sebuah majlis yang menuntut kita pakai pakaian tradisi, kita pakai pakaian Malaysia bukan Kebaya, Cheongsam dan Sari. Kita juga mahukan bangsa Malaysia bertutur dalam satu bahasa---Bahasa Melayu (BM).

Kebaya pengantin by Rizalman Ibrahim
Cheongsam or Qi Pao
Modern Sari
Tetapi sehingga hari ini, kerajaan juga merupakan badan yang bertanggungjawab dalam memastikan warisan budaya tidak terhapus. Kerajaan juga yang mengetangahkan budaya-budaya bumiputra Sabah dan Sarawak. Kerajaan juga yang mempertahankan kewujudan Portugis Melaka. Jadi kerajaan mahukan semua budaya ini kekal ada dalam waktu yang sama mahu mewujudkan hanya SATU bangsa Malaysia. Bagaimana?


Malaysia terkenal dengan negara yang terdiri dari berbilang bangsa. Namun apa yang kita lihat (atau saya lihat dan dengar actually), kerajaan berusaha untuk mengetengahkan satu bangsa yang menjadi tuan kepada Tanah Semenanjung sekian lama sebelum dibawa bangsa-bangsa lain masuk. Contoh untuk perempuan yang berkerja, setiap hari mereka digalakkan untuk memakai baju Kurung, pada hari Khamis masih berbaju Kurung tetapi coraknya Batik. Lelaki digalakkan memakai Baju Melayu pada hari Jumaat dan musim perayaan Islam.

Dato' Siti Nurhaliza in Baju Kurung leopard print
Kalau sudah semua bangsa pakai Baju Kurung pergi kerja (5 hari dalam seminggu), semua bangsa pakai Baju Melayu untuk berhari raya... maknanya, kerajaan hendak hapuskan semua adat resam dan budaya bangsa lain melainkan bangsa Melayu kerana Melayu dilindungi Perlembagaan Malaysia 1963. Budaya bangsa lain pula hanya dikekalkan atas tujuan pelancongan. Bukan begitu?

David Archuleta in Baju Melayu
Jadi, saya perlukan anda untuk berfikir bahawa bagaimana untuk mencapai perpaduan yang jitu melalui Bangsa MALAYSIA dalam waktu yang sama mengekalkan semua jenis bangsa. Ingat! Saya bukan menghasut tetapi ingin menyedarkan

りゅたろ - Takut masuk ISA

No comments: