Saturday, December 11, 2010

HiDUPKU,,,

Assalamualaikum,

Maafkan saya kerana lambat mengupdatekan blog walaupun telah tiga hari bercuti. Saya memerlukan masa untuk melupakan perkara-perkara kelam lagi suram dari terus terbuku dalam benak ini. Ya, memang. Saya boleh dilabel sebagai seorang yang berjiwa halus sebenarnya. Tak percaya? Tidak mengapa... saya faham.

Sesungguhnya ketika tangan ini sedang mengtype, hati saya tidak lari... fikiran saya juga tidak lari... dari memikirkan segalanya tentang Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu. Teringat saya kata-kata Muhammad Hatim Afiq bin Rafingei... "Why the sad? The sombre? Relax Hisham... Kita akan berjumpa lagi."

To be honest, time itu... betapa luluhnya hati ini, hanya Allah sahaja yang tahu. Memang bergenang air mata ketika itu. Sedih gila. Nasib baiklah Hatim sedang menghadap arah yang bertentangan (ke arah tingkap). kenapa boleh jadi sedih gila? Hmmph. Saya sudah cruise satu floor cari rakan-rakan. Ahli bilik.... semua merayap entah ke mana.


Hendak mencari Afiq Yaakop, kerana dia sahajalah yang mengerti hati ini dalam saat terluka dan berduka. Hanya dia yang sudi. Saya perlukan satu pelukan yang erat atas dasar persahabatan ketika itu. Apakan daya... tiada berjumpa. Lepas itu pergi bilik Hatim. Dia pula kata begitu.

Ya, memang kita akan berjumpa lagi insya-Allah; tetapi bagaimana dengan yang lain? Zulkhari Ghani? Harith Azmi? Nor Akmar Zamri? Ahmad Qassimel? Amir Solihin? Mereka berbillion batu jauh diamnya.

Hati mana yang tidak sedih meninggalkan alam persekolahan yang penuh suka dan duka? Hati mana yang tidak jatuh pecah kerana berlakunya perpisahan berskala besar? Hati mana? Kalau ada, katakan pada hati itu: "Anda tidak lagi punya perasaan. Tidak punyai jiwa."

Ikatan yang terjalin antara kami begitu kukuh dan utuh. Ya-lah... siapa lagi yang bangun pagi... muka dia, pergi mandi muka dia, sarapan muka dia, di kelas muka dia, balik bilik muka dia. Senang kata pagi petang siang malam asyik berkepit dengan rakan-rakan sahaja. Almaklumlah, keluarga jauh. Hasilnya, mereka sangat memahami kita.

Saya masih tidak dapat menerima hakikat bahawa saya kini sendirian. Biarpun ada keluarga dan rakan, namun saya tetap sendirian. Saya takut untuk tinggal di rumah yang kurang persaingan. Dengan siapa saya boleh berbahasa seperti cara saya berbahasa? Dengan siapa untuk saya berkongsi cerita-cerita hot mengenai dunia? Dengan siapa ingin saya bertikam lidah, terasa hati serta pening kepala? Dengan siapa saya akan berceloteh dengan seloroh gaya saya ketika saya mengajar? Dengan Amira? Kalau dia faham.

Di MRSM KKB-lah saya jumpa diri saya. There's where I found who I really am. That place is responsible to make me the way I am right now. No matter the way I talk, walk, speak or think. Memang di situ-lah saya belajar macam-macam. Banyak decision-decision besar yang saya ambil sendiri.

Selepas ini, ada ke orang yang nak datang tanya macam mana untuk bercakap di khalayak? Meminta bantuan saya untuk tips menjadi pengerusi majlis? Macam tiada.

Hidup saya kini tiada hala tuju. Tiada destinasi yang jelas dan muktamad. Apa yang saya lakukan hari-hari adalah apa yang ingin saya lakukan hari itu. Nak makan? makan. Nak tidur? Tidur. Nak melalak ke, meroyan ke... tiada siapa yang menghalang.

Lain di sekolah. Hidup terjadual. Walaupun hidup bagai robot tanpa perasaan.... atleast there is something to do...

さちかわ- Bekerja? Sudah tanya, tetapi... entah-lah.

No comments: