Wednesday, December 15, 2010

UJiAN UNDANG-UNDANG

Assalamualaikum,



Keputusan Ujian Undang-undang (Click pada gambar untuk melihatnya dengan lebih jelas)
 

Lihat itu, alhamdulillah saya berjaya lulus ujian undang-undang berkat usaha saya dan doa anda semua. Terima kasih. Maknanya kini, steps untuk mendapatkan Lesen Memandu Percubaan (P) atau PDL semakin sedikit. Moga-moga segala urusan untuk mendapatkan lesen ini dipermudahkan oleh Allah.

Bila di tinjau-tinjau, ramai di antara kami telah pun mula mengorak langkah dalam merealisasikan impian untuk bergelar pemandu berhemah.

Amella Juhanna, juga individu yang ambil test semalam telah mendapat keputusan 47/50. Hanis Syafiq juga telah menduduki ujian tersebut dan mendapat 44/50. Tahniah kepada Muhammad Zuhri Zainuddin kerana mendapat 48/50!!

Muhammad Gasry Nazmy mengambil PDL kelas B2 iaitu lesen motosikal (perseorangan) (tidak melebihi 250 c.c.) sahaja untuk tahun ini. Lesen PDL kelas D (motokar: berat tanpa muatan tidak melebihi 3000 kg) katanya akan diambil tahun hadapan, selepas PLKN. Moga-moga keputusan ujiannya turut memuaskan.

Mustapha Kamal? Saya tidak pasti. Tanya-lah sendiri.. *senyum*

Apa pun, tahniah untuk anda semua yang lulus dan selamat maju jaya bagi yang belum menduduki  ujian.

さちかわ -  Masih takut untuk menunggang motosikal...

2 comments:

syasya said...

oit..senang x die punye test?? klo x bace buku bleh?? haha

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

Pada hemat saya... anda hanya memerlukan 4 jam untuk menguasai seluruh buku termasuk menyelesaikan 500 soalan.