Wednesday, November 17, 2010

DARi LUBUK HATi

Assalamualaikum,

Kepada yang berkenaan,

Kenapa ya? Setelah sekian lama anda tidak menimbulkan ketidaksenangan di hati ini... anda memilih untuk melakukannya dalam hari-hari yang lepas? 

Pernah-lah-kan one time tue., time Add Maths sebenarnya... saya bertanya kepada Mohamad Shahrul Izzat (pengganti Melor) mengenai pandangan dia terhadap saya... antara jawapan yang diberi ialah "Pada kau, segala yang kau buat ada cap copyrights kau. Yelah segala yang kau buat kau ingat orang lain tak boleh ikut. Macam style tulisan... ayat-ayat... macam-macam lagi-lah!"

Balik si Shahrul ini pula yang memahami diri saya. Tetapi anda? Bila anda mahu betul-betul sedar yang saya memang tidak punya apa-apa perasaan terhadap anda kecuali meluat? Apakah hendak menunggu saya datang ke rumah dan menengking-nengking dahulu? Tidak perlu-lah... buat malu sahaja.


Eh! Untuk pengetahuan anda, Siti Nurhanis ada bertanya "Aim*n tu admire kau ke? Takde-lah nampak macam dia suka semacam bila aku chat ngan dia hari tu and cakap pasal kau". Hah! Ambil kau!! Terbocor rahsia di situ!! Yang anda pandai-pandai sangat hendak mingle dengan kawan-kawan saya siapa suruh? Huh!? Bukan sudah jatuh air muka sehingga sama tarafnya dengan lopak-lopak air sisa banjir besar di Kedah?

Jadi, tolong-lah! Jangan hendak buat apa-apa perkara yang kurang muna-sarawak-nya hanya kerana meletakkan perasaan lebih kehadapan berbanding akal fikiran yang waras. Tolong fikir sebelum bertindak. Anda tunjukkanlah seberapa banyak bukti perasaan anda hatta sehingga memenuhi seluruh ruang alam semesta ini pun.. tidak akan tergerak waima satu picometer hati ini untuk mempunyai perasaan yang sama. 

Sesungguhnya inilah kebenaran yang terselindung selama ini.. buat pertama kalinya saya bertamu anda, saya tahu anda seorang yang lembut. Awas! saya tidak menggunakan perkataan-perkataan kesat seperti bapuk atau pondan. Maka jangan hendak mengada-ngada terasa berlebih-lebih sehingga tidak cukup ruang hati itu untuk menyimpannya, anda libatkan semua makhluk yang anda kenal. Baik manusia, haiwan, pepokok mahupun objek pegun lagi tidak bernyawa.

Saya pohon dari anda untuk berhenti meniru segala gaya dan cara saya untuk kepuasan diri (dalam maksud kepuasan diri itu). Jangan punahkan hari raya anda atas perkara yang remeh temeh seperti ini. Tukar segera gambar tersebut serta jangan dicuba untuk publish segala yang sepertinya walau dimana yang anda fikir sesuai. Sesungguhnya anda hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Saya memilih untuk berdiam diri agar dapat memutuskan silaturahim yang terjalin dengan mengenepikan amaran Allah S.W.T. kerana pada hemat saya, itulah yang terbaik. Seperti saya tidak mengenali anda dan anda tidak mengenali saya hendaknya. Tolonglah jangan mahu menitis-nitis air mata itu berjujuran jatuh bagai rantai mutiara yang terputus akibat hati anda yang kononnya bak kaca yang dihempas ke batu pecah berderai. Tiada maknanya. Tidak membawa kemana-mana.

Mengapa friend request anda tidak pernah dan tidak akan saya approve atau deny? Fikir sendiri...

さちかわ- Jangan cuba untuk menghidupkan fungsi benci

No comments: