Sewaktu baru tamat persekolahan seminggu yang lalu, activity meng-tagging gambar di Facebook sangat-lah active khususnya gambar ketika saya darjah enam. Sewaktu cruising gambar-gambar tersebut, terjumpalah pula seorang perempuan yang pernah memiliki hati saya.
Nurfatin Soleha di McDonald |
Nurfatin Soleha empunya nama. Kami berkenalan di kelas 5 Kreatif, satu-satunya tahun saya belajar bukan kelas Amanah atau Setia (kelas paling depan). Mungkin itu hikmah saya terpilih sebagai ahli kelas tersebut.
Masih segar di ingatan saya ketika tiada guru di dalam kelas, saya dipanggil oleh dua orang wanita yang duduknya tempat paling hadapan sekali dan berada betul-betul di sebelah pintu masuk kelas.
Soalan pertama yang terpacul dari mulut mereka ialah: "Kenal Fatin Soleha tak?" And was my answer? It went like: "Tak. Yang mana satu?" Can you imagine that? Saya tidak mengenali classmate sendiri dan akhirnya stumble together as a couple.
Pelan kelas 5 Kreatif 2004 (Click gambar untuk membesarkannya) |
Boleh pula bebudak dua orang itu tanya yang saya suka atau tidak si Fatin ini dan kalau ya, apakah tentang dirinya yang saya paling suka. *berkerut* Weird, tetapi saya jawab juga dengan menyatakan bahawa Fatin mempunyai mata yang cantik dan dia seorang wanita yang bertudung. Berhempas-pulas juga-lah memikirkan jawapannya ketika itu.
Akhirnya saya setuju untuk jadi boyfie dia. Fatin pernah menanyakan warna apa yang saya paling suka. Saya jawab biru dan dalam kepala ketika itu sedang merasakan bahawa warna biru dalam kepalanya tidak sama dengan warna biru dalam kepala saya. Tup Tap Tup-Tap, dia tanya pula biru mana satu, cair atau pekat? Saya jawab: "Pekat". Tengah hari itu sebelum pulang dari sekolah Fatin beri surat bersampul biru pekat dan biru itu memang-lah sama dengan biru dalam kepala saya... Tidak saya sangka...
Fatin dan adiknya |
Hari terakhir persekolahan, dia hulurkan tangan untuk salam. Saya pada awalnya like: "Huh?" Then baru faham. Saja jabat tangan dia dan lepas dia pergi, saya melompat-lompat sambil terjerit-jerit juga kot. *blushing DEEPLY*
Bila fikir balik, saya setuju untuk couple dengan Fatin sewaktu saya belum berpisah dengan Aqidah. Itu menunjukkan saya pernah pasang dua. W.O.W.! Akhirnya, kami berpisah akibat lost contact. Last message yang saya terima dari dia ketika di Sekolah Menengah Padang Tembak (SMKPT) sebelum saya mendaftarkan diri di Maktab Rendah Sains MARA Batu Pahat, Johor (MRSM BPJ).
Fatin bersama ibunya ketika graduasi. |
さちかわ - Fatin Soleha dan Fatin Nazirah punya taste tudung yang sama... kan?
Dari kiri: Fatin dan adiknya. Tengok gaya tudung dia. |
No comments:
Post a Comment