Assalamualaikum,
Kehidupan seharian kita yang kita ulangi setiap hari secara routine, pasti akan berlaku pembaziran. Terutamanya sumber tenaga berbayar seperti electric, bahan bakar dan air. Sudah nama pun berbayar... duit terbang melayang akibat penggunaan yang tidak terancang. Tetapi, jika kita gabungkan tenaga electric yang digunakan untuk menghidupkan lap top dan wang yang disalurkan untuk internet... adakah ber-blogging itu satu pembaziran?
Kalau ya blogging itu membazir... boleh sesiapa tolong ceritakan pada saya kenapa wujudnya blog Langit Illahi? Umum telah mengetahui blog Langit Illahi merupakan satu blog yang dibuat untuk membawa seberapa banyak umat manusia yang boleh, ke arah jalan yang benar iaitu jalan yang diredhai Allah.
Kalau benar ber-blogging itu tidak mendatangkan hasil... mengapa wujudnya Chedet.com, blog mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad? Bukankah beliau berfikiran kreatif, kritis dan inovatif? Mengapa beliau ber-blogging jika tidak mendatangkan hasil?
Kalau benar ber-blogging membuang masa... mengapa wujudnya career sebagai blogger sepenuh masa? Blogger sepenuh masa merupakan satu kerjaya yang mampu untuk mendatangkan income yang besar. Bukan hanya memperdagangkan wang di mana-mana perisian komputer sahaja yang boleh membawa duit. Tidak percaya? Pergi Denaihati.com dengan click disini. Anda akan dapat jawapannya.. Insya-Allah.
Blogging merupakan sesuatu yang baru di Malaysia. Masih segar lagi... seperti biotechnology. Masih ramai yang tidak menceburi bidang ini jika ingin dibandingkan dengan negara lain. Jika anda seorang yang alert, anda pasti perasaan bahawa setiap kali anda selesai mem-publish-kan post anda di Blogger.com, pasti akan ada kotak kecil yang memaparkan macam-macam updates tentang Blogger. Antaranya ialah membuat duit dengan blogging.
Duit yang blogger dan bloggerette dapat semestinya datang dari jumlah pengunjung blog mereka. Setiap pengunjung pula tidak membayar wang yang banyak setiap kali masuk blog, hanya beberapa sen sahaja. Oleh sebab itu kita kena tahu cara untuk tackle pembaca. Ingat, duit hanya akan masuk jika anda apply untuk dapat duit. Macam saya... saya menulis untuk berkongsi, bukan bekerja.
Ya, memang not everyone gets my cup of tea (apa ini?). Idiom tadi membawa maksud... kita tidak akan mampu memuaskan hati semua pihak. Maka, setiap penulisan kita pasti akan terkena pada mana-mana pihak tetapi bukan kesemua dalam 7.1 billion manusia di muka buni Allah ini. Setiap blogger dan bloggerette tahu itu.
Maka, sekarang... semua orang sepatutnya tahu bahawa mem-blogging bukanlah satu perbuatan yang sia-sia.
りゅたろ - Menjawab soalan yang tidak terjawab
No comments:
Post a Comment