Friday, December 24, 2010

iNDAHNYA GURiNDAM


Assalamualaikum,

Cuba tonton ini...






Bagaimana? Bosan? Saya pun rasa begitu. Mula-mula ya... mungkin teruja, tetapi bila lama sedikit.... hampeh! Memang itu sahajalah jenis cerita yang pernah saya lakonkan. Tidaklah hebat mana. Sekarang sudah tidak masuk television pun. Glamorous? Bukan itu sebabnya saya berlakon...

Sepatutnya ada lagi dua iaitu Bicara Sajak dan Siapa Sahaja.

Bicara Sajak membicarakan mengenai sajak. Saya berlakon juga dengan Aqidah. Set di Port Dickson dan air terjun di Ulu Yam, Selangor. Siapa Sahaja pula menceritakan perihal kata ganti nama diri. Setnya di sebuah muzium di Melaka Bandaraya Bersejarah

Kalau sesiapa ada Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, ada gambar berwarna pink memaparkan lukisan bagaimana di dalam Balairung Seri di Istana Kesultanan Melayu Melaka, posisi yang sultan itu bersemayam sama dengan kedudukan saya duduk. Pakai baju Melayu kuning, tanjak, keris, pending dan pelbagai regalias lagi.

Malangnya... cari punya cari... tidak berjumpa jua di alam maya ini.

さちかわ - Sudah bekerja sejak darjah 4...

No comments: