Tuesday, December 14, 2010

MASA SEKOLAH RENDAH DULU-DULU (bahagian 1)

Assalamualaikum,

Entah apa-apa entah-lah pemikiran saya hari ini. Boleh pula buat post mengenai benda ini!? Haih... *menggelengkan kepala* Tidak kisah-lah! Menulis untuk memberitahu, bukan untuk memalukan sesiapa.

Nurul Aqidah
Akak bertopi putih ini namanya Nurul Aqidah. Kami berjumpa buat pertama kalinya di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Gurney (2) (SKJGD). Sekejap... AKAK.,!!?? Ya, Aqidah ini pangkatnya akak bagi saya. Umur dia 19, tahun hadapan. Ketika ini dia merupakan salah seorang mahasiswi di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Bercuti di Terengganu
Kami bertemu sewaktu kedatangan Puan Roslini di sekolah untuk mengadakan audition. Beliau merupakan bekas guru di SKJGD dan ketika itu sedang berkhidmat di Televisyen Pendidikan (TVP)  yang dimiliki oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia yang berpusat di sebelah Planeterium Negara.  

Audition yang dijalankan adalah untuk mengambil pelakon-pelakon baru bagi shooting rancangan-rancangan berunsur pendidikan. Mengetahui perkara tersebut, saya pun berkobar-kobar untuk mencuba. Pada mulanya Pn. Roslini panggil beberapa orang perempuan untuk test baca script menggunakan microphone di pentas terbuka berhadapan semua pelajar Tahap Dua (Darjah 4, Darjah 5 dan Darjah 6). Beliau memilih Aqidah sebagai pemenang.

Pemenang audition
Kemudian beliau membuka peluang untuk para lelaki mencuba. Saya terus angkat tangan pada panggilan pertama dan tunjukkan yang terbaik saya boleh lakukan. Hasilnya? Saya terus dapat! Ya, saya-lah satu-satunya lelaki yang diuji bakat.

Bermula dari situ, saya dan Aqidah bekerjasama dalam menjayakan tiga rancangan yang duration-nya 30 minutes setiap satu. Selesai shooting rancangan kedua, ketika di sekolah saya meluahkan perasaan dalam surat. Saya siap beri rantai yang dibuat sendiri. Bila difikir-fikirkan balik... naïve-nya-lah saya ketika itu.


Akhirnya kami berpisah ketika saya darjah lima dan dia ketika itu darjah enam atas permintaan Ibunda. Kini, saya percaya Aqidah bahagia bersama kekasih hatinya.


Bersama kekasih hatinya (kot) di Genting Highlands Outdoor Theme Park


さちかわ - Teringat zaman dahulu.

No comments: