Tuesday, December 14, 2010

PROGRAM LATiHAN KHiDMAT NEGARA

Assalamualaikum,

RM0.20 PLKN:
KUMP 1.
KEM: KEM SINAR JAYA, KOTA BELUD, SABAH
PKP: JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA (BANGUNAN ZETRO) BERDEKATAN CAREFOUR WANGSA MAJU
LAPOR: 02-JAN-2011 7:00 PAGI
Sender:
15888

Message centre:
+61093900000

Sent:
2-Dec-2010
10:23:47 pm


Melihat tarikh message tersebut dihantar.... sudah 12 hari melangok dalam phone. Balik rumah sudah hampir seminggu... BARU SEKARANG HENDAK BERITAHU!!!?? hehe,, Maaf-lah ya..

Zuazlina Zulkefly yang memberitahu mengenai semakan secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Malam itu juga saya check. Memang gaya orang yang pelbagai dapat dilihat pada malam tersebut. Ada yang terjerit-jerit tidak mahu orang tahu dia dapat mana (Mu'min... Mu'min..) *tersenyum* Ada yang dirai kerana berjaya masuk ke Kem Bina Semangat (KBS), Kuala Kubu Bharu (Raimi Muakal) dan ada juga yang hampir nangis-nangis tidak mahu untuk tidak dapat KBS sambil diacah oleh rakan sekeliling (Farehah).

Saya yang ketika itu sudah pun botak supaya orang tidak terkejut apabila balik dari Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) nanti. Pada hemat saya, saya menerima seadanya takdir yang telah ditentukan oleh Illahi. Tiba-tiba Ayahanda menanyakan: "So, do you want to go to Kota Belud or ayh usahakn dkt2 sini je?" Pening kepala sekejap dok memikirkan mahu pindah atau tidak.

Rakan-rakan kata tidak perlu untuk pindah kerana dapat naik flight-lah, jauh-lah... sampai yang tidak dapat PLKN pun sanggup tukar dengan saya kerana hendak pergi ke Kota Belud.

Saya? Saya kalau boleh ingin biarkan sahaja kerana sudah menjadi rezeki untuk berpijak ke Malaysia Barat buat pertama kali. Lagipun tidak adil rasanya kalau kita boleh tukar tempat dan 41, 999 pelatih Siri 8/2011 yang lain tidak boleh (okay-lah! tolak satu lagi... sebab Raimi minta bapa Afiq Yaakop untuk tukarkan dirinya ke Kem Princess Heliza, Sepang.. but still). Kemudian memikirkan sudah 5 tahun tidak duduk dekat bersama keluarga... hhhhmmm.. macam mana?

Keputusan yang dicapai ialah... pergi sahaja ke Kota Belud. Asalnya pergi sekali dengan Mursyid Iskandar... tetapi memandangkan doktor kata tidak boleh pergi, ibu bapa dia pula tidak menggalakkan, dia pilih untuk tidak pergi. Saya keseorangan juga di Kem Sinar Jaya nanti.

さちかわ - Ada yang menyumpah seranah dapat PLKN... dicarinya setiap satu kesalahan PLKN...

No comments: