Assalamualaikum,
Ganas sikit tajuk post kali ini. Saya tidak mengatakan bahawa pepatah melayu itu kuno. Maksud saya kuno yang dilihat dari perspective yang buruklah. Saya pilih kuno sebab kuno bermaksud lama. Lama yang teramat sangat. Mungkin jika di-trace balik, boleh sampai sehingga zaman Tuk Kaduk... kot.
Anyway, pepatah yang saya hendak bincangkan ini ada tiga.
- Bagaimana acuan begitulah kuihnya
- Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
- Bapak borek, anak rintik
Pepatah-pepatah tadi membawa maksud yang hampir sama iaitu: macam mana anda lihat anak itu, begitulah ibu bapanya. Kalau anak itu jenis yang pemarah, mungkin kerana melihat ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali yang panas baran. Secara tidak langsung anak itu terdidik untuk menjadi pemarah kerana merasakannya tidak membawa negative effects... which is not.
Pernah dengar juga kata-kata orang-orang tua yang berbunyi: "Kalau awak tidak mahu anak awak buat begitu pada awak satu hari nanti, jangan buat macam itu pada ibu bapa awak". Kata-kata itu biasanya diucapkan kepada para remaja yang baru sahaja memasuki alam tersebut. Kiranya baru mula untuk berfikiran matang.
Ramai juga ibu bapa yang menyokong kata-kata tadi. Namun sedarkah anda, kata-kata itu tadi pun ter-apply dengan sendirinya terhadap ibu bapa? Mungkin ketika mereka berumur sama dengan anak mereka... mereka melakukan kesilapan yang sama dan ibu bapa mereka berkata sebiji macam mereka kata pada anak mereka.
Adakah ini bermaksud segala perangai buruk anak terhadap mereka merupakan perangai buruk mereka terhadap ibu bapa mereka? Kalau anak itu kuat melawan... bermaksud ibu bapanya kuat melawan juga ketika mereka kecil. Bukan begitu?
Bagaimana pula dengan ibu bapa yang baik tetapi mempunyai anak yang keparat atau anak yang baik mempunyai ibu bapa yang keparat? Seperti yang kita lihat dalam movie-movie. Mungkin pengarah filem Pondok Buruk, Anak Bapak, Anakku Sazali dan filem-filem yang sama waktu dengannya terlupa untuk tunjuk sikap mak bapak yang sememangnya serupa dengan anak masing-masing... satu masa dahulu.
Kalau bukan begitu... adakah pepatah-pepatah melayu kuno dan pendapat orang-orang tua itu masih lagi boleh di-apply pada anak-anak muda hari ini? Kalau itu jawapannya, biarkan sahaja anak-anak ini... kerana bapak borek anak rintik. Kalau ibu bapa itu baik ketika berumur 35 tahun... anak yang baru berumur 25 tahun itu akan jadi baik juga ketika dia berusia 35 tahun kelak.
Tidak setuju? Jadi mana satu? Gugurkan pepatah melayu atau terima kenyataan bahawa perangai buruk itu diwarisi dari ibu bapa yang mewarisi dari ibu bapa mereka yang mewarisi dari ibu bapa mereka yang mewarisi.... saya rasa anda faham maksud saya.
Tiada tengah-tengah. Sama ada gugur atau terima. Itu sahaja. (Susahkan ada manusia yang terlebih berfikir pada usia muda sebagai kenalan, kawan dan keluarga?)
Mungkin juga ibu bapa lupa akan usia mereka muda-mudi dahulu. Entah-entah dua kali lima sahaja. Banyak kena marah, berperangai gila-gila serta mempunyai impian yang tidak mungkin tercapai (ada yang masih menyimpan impian tersebut sehingga hari ini).
Macam filem The Day The Earth Stood Still, Professor Barnhardt (kenalan heroine filem) ada mengatakan kepada Klaatu bahawa jangan bawa animals ini semua keluar dari bumi. Jangan unleash the power to wipe humans off from the face of the earth. Sebab kalau satu masa dahulu kaum Klaatu boleh survive at the peak of extinction, so do humans. This is the time for humans untuk sedar diri dan start berubah for the world. Don't take that away from them. Itu synopsis kata-kata beliau.
Sewaktu Prof Barnhardt menyatakan hasrat pada Klaatu |
Bukan concept itu juga ter-apply pada anak-anak? If ibu bapa boleh berubah menjadi seperti sekarang, maka jangan musnahkan saat anak ingin belajar dari kesilapan. Kita juga harus ingat bahawa setiap manusia mempunyai capacity yang berbeza. Kemampuan yang berbeza. Tiada satu pasang manusia pun yang sama. Ingat?
Maka mungkin masa untuk anak itu recover lambat, biarkan sahaja. Perhatikan progress-nya. Jika ter-slip, berikan segala bantuan. Berikan sokongan. Bukan menjatuhkan. Bukan menyalahkan. Bukan mebalikkan keadaan kepada anak itu sendiri. Dia pasti akan belajar... perlahan-lahan.
Sehari selembar benang, lama-lama benjadi kain. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Rome was not built in one day. Anak kita tidak dilahirkan boleh terus berjalan. Perlu ada steps. Mungkin kita rasa anak itu sudah tiba di tahap yang kita inginkan. Kita mungkin betul, mungkin salah.
Kadang-kadang lama anak itu merangkak. Tidak juga berjalan seperti anak orang lain. Tiba-tiba, satu hari dia berlari. Tidak berjalan seperti anak orang lain. Kita perlu faham anak-anak tidak mengira umur dan jantina. Anak-anak adalah rezeki yang Allah berikan, anugerah yang Allah kurniakan, amanah yang Allah pertanggungjawabkan. Jaga mereka baik-baik. Sayangilah mereka, sebelum terlambat.
りゅたろ - Pemikiran seorang remaja
No comments:
Post a Comment