Assalamualaikum,
Apa yang diberi dan apa yang dijawab? Salam.
Ramai (mungkin lebih dari 99.9%) tahu, arif serta faham akan hukum memberi salam iaitu sunat. Sunat pula membawa erti dalam context mudahnya ialah: Buat dapat pahala. Tidak buat, tidak dapat apa-apa. Ramai juga yang tahu bahawa hukum menjawab salam adalah wajib. Wajib pula membawa erti: Buat dapat pahala dan tidak buat dapat dosa.
Rational-nya dibuat begitu adalah kerana kita mendoakan kesejahteraan pihak lain apabila kita memberi salam. Kemudian, pihak yang menerima salam tidak mungkin bersikap sombong dan bongkak dengan tidak mendoakan kesejahteraan orang itu semula.
Sama seperti kalau orang menghulurkan bantuan untuk meringankan beban dalam apa jua keadaan, baik dalam keadaan susah, senang, memerlukan atau tidak memerlukan atau mungkin disuruh jika tidak rela. Bila orang buat baik pada kita, kita mestilah tergerak hati untuk membalasnya selagi kita mampu (normally begitu).
Siapa yang dia bantu? (Painting by Juan Sepulveda) |
Namun, sedar atau tidak... rata-rata dari kita hari ini menjawab salam yang audible sahaja. Sebagai contoh terdekat dan mungkin termudah: Ada anda jawab salam saya pada post ini? Post-post saya yang sebelum ini? Saya pasti ramai yang tersedar sebentar dengan kata-kata tadi dan mula-lah gigih berusaha untuk menjawabnya.
Sedar atau tidak, ketika dalam SMS terutamanya, kita tidak membalas salam si pemberi. Kalau hendak cakap mengenai IM tidak perlu-lah kot sebab ramai yang terasa di IM kerana IM memerlukan reply right away. SMS? Oh... tidak begitu.
Melihat pula pada gaya si pemberi salam. Memang (mungkin) tidak salah untuk hanya mengucapkan 'Salam' dan bukannya 'Assalamualaikum'... tetapi bukankah lebih baik beri salam yang panjang. Adakah anda rugi? Adakah anda buang tenaga dengan mendoakan kesejahteraan orang lain? Tidak bukan?
Memberi salam. |
Si penjawab-nya pula... MESTI menjawab salam yang sama panjang dengan salam si pemberi ataupun lebih panjang lagi. Kalau diucapkan 'Salam' kepada anda jawablah 'Waalaikumussalam' sebaik-baiknya. Jika si pemberi ucapkan 'Assalamualaikum' paling mudah jawab juga 'Waalaikumussalam' tetapi sebaiknya lebih panjang seperti 'Waalaikumussalam warahmatullah'.
Mengapa masih ada manusia yang mengaku muslim masih menjawab 'Salam' ketika diucapkan kepadanya 'Assalamualaikum'? Panjang sangat untuk dijawab? Malas untuk menulis di IM atau SMS? Buang sikap itu. Memudaratkan diri sahaja.
Maka, selepasa ini berusahalah untuk memberi salam di mana jua tidak mengira waktu atau pada siapa. Anda memiliki telephone rumah dan anda seorang muslim.. apa salahnya memberi salam kepada sesiapa sahaja di talian? Anda memiliki telephone bimbit dan anda seorang muslim... tidak salah untuk memulakan perbualan dengan salam.
Ada lagi orang pakai telephone ini? |
Saya perlukan anda untuk melihat diri anda kembali.. dalam context memberi dan menjawab salam, anda individu muslim yang mana?
さちかわ - Menegur kenalan
No comments:
Post a Comment