Friday, June 24, 2011

Assumptions

Assalamualaikum,

Saya rasa macam pernah sentuh topik assumptions ini. Oh ya! Ketika saya berpesan pada BWP sesi 2010/2011 awal tahun yang lalu. Anda boleh baca article itu di sini atau search sahaja di search box baru. Type assume kemudian tekan 'ok'. Insha Allah anda akan sampai di article yang dimaksudkan.

Seperti yang saya beritahu sebelum ini, assumption comes from the word assume dan assume kalau kita break the word kita dapat: ASS. U. ME. Ass, u and me. Bak kata pemberi teori ini iaitu Miss Aniza Masbah, assume is making an ass with u and me. So, never assume. Ask.

Taken from Google.
Menjangka itu sendiri tidak pernah salah, jauh sekali menyimpang. Tetapi dengan cara pembawaan kita, gaya pemahaman kita terhadap menjangka ini telah membunuh inti pati sebenar perkataan ini.

Seperti yang diketangahkan oleh Hilal Asyraf dalam bukunya yang bertajuk Langit Ilahi 3:Fanzuru-Maka Lihatlah, jangan sebut kalau. Hal ini adalah kerana kalau itu membuka pintu untuk kehancuran. Dan kalau tak silap saya, saya pernah terbaca dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan bahawa kalau itu merupakan pintu pada syaitan untuk mengusai diri kita.

Photo credit to Drnais.blogspot.com
Menurut Hilal, kalau ini begitu bahaya kerana biasanya kita akan plan sesuatu sebelum mendapat sesuatu. Sebagai contoh, kita pergi interview scholarship. Kita perform kita dan kita rasa ianya tampak hebat dan meyakinkan. Maka, kita pun plan. Kita plan nak beli itu ini, kita plan nak tengok tempat. Kita plan nak buat macam-macam sebagi persediaan masuk universiti di bawah tanggungan tajaan. Tup tup, tak dapat. Frust tak?

Saya rasa itu belum cuku frustrated. Bagi yang dah siap pergi tengok tempat, dah feel dia punya atmosphere dah try makan kat cafe around the place... akan lagi frust. Sebab itu, jangan assume yang kita dah dapat scholarship. Jangan plan something according to our assumptions. Kan dah monyok sahaja muka bila tak dapat. Salah siapa? 

Dia tak bagitahu pun performance anda bagus atau tidak. Anda assume anda bagus. Bila kawan-kawan tanya, anda beritahu perjalanan interview. Mereka juga assume dari pandangan mereka. Mereka juga candidates macam anda. Yang pandai-pandai pergi percaya kata-kata mereka siapa suruh? Jadi sekarang... salah siapa?

Itu satu cerita. Satu contoh jangkaan yang jauh meleset. Elok-elok target bullseye, pergi tembak pergi tmbak kepala budak kenapa? Baca yang ni pula.

Paham sekarang? Kesian saya tengok budak tu.
Anda dikehendaki untuk menjalani PLKN. Menurut cerita yang anda dengar, hidup di sana susah. Yalah, duduk bawah Kementerian Pertahanan Malaysia kan, guarantee askar style punya hidup. Maka anda fikir, dalam keadaan begitu.. banyak benda yang akan anda tempuhi, banyak benda yang anda kena tinggalkan. Maka, anda tidak bawa peralatan-peralatan, pakaian-pakaian, bahan bacaan yang anda rasa tidak sesuai dengan military style of living

Tiba hari yang dijanjikan, anda tengok... Masya-Allah! Ramainya yang bawa handphone mahal-mahal (boleh ber-Facebook katanya). Ada yang bawa iPod dan mp3. Ada yang bawa novel-novel menarik. Ada yang siap bawa pharmaseutical-cosmetics untuk pastikan kulit sentiasa cantik. Skin care-lah katakan. Tiba-tiba anda rasa menyesal. Sebab bila anda lalui hari-hari mendatang, PLKN ini lansgung... ya LANGSUNG tiada kaitan dengan military life style yang anda lihat di kaca TV. Sedihnya hati...

Salah siapa? Anda yang assume PLKN ini tak best. Anda yang assume PLKN ini teruk dan sebagainya. Hidup porak peranda, kawad 24 jam. Makan ciput. Botak lagi tu! Alih-alih, siap ada cafe. Siap ada koopersi untuk beli gula-gula, mi segera, keropok-keropok dan bermacam lagi jajan yang ada. Salah siapa yang pergi assume PLKN tak best?

Photo credit to mysupersomething.blogspot.com
Situasi pertama, anda assume anda berjaya dapatkan sesuatu serti kedudukan, wang, jawatan dan sebagainya. Maka anda plan segala macam benda untuk go on with that assumption. Akhirnya, anda sendiri yang sedih dan makan hati kerana anda tidak dapat apa yang anda jangka anda dapat. Moral of the story? Jangan buat planning atas sesuatu yang belum nyata. Selagi tak dapat duit, jangan assume nak guna duit untuk apa. Selagi tak dapat result, jangan assume ianya baik atau buruk.

Situasi kedua pula, anda assume perkara yang bakal terjadi itu begitu dan begini. Hasilnya, anda pun sesuaikan diri anda dengan assumption anda. Akhirnya, hidup sewaktu perkara itu terjadi tidaklah seteruk mana. Biasa perkara ini berlaku bila kita nak beritahu pendapat kita. Kita takut orang kata apa. Yalah, kita ni siapa... orang biasa-biasa. Tak hebat macam dia. Alih-alih, anda yang sakit hati bila ada orang lain bentang idea anda dan dia dapat pujian menggunung tinggi. 

Assumption yang sama selalu berlaku bila anda mahu beritahu satu perkara buruk kepada kenalan. Anda fikir nanti putus kawan atau bergaduh besar. Anda percaya bahawa dia akan bertindak begini dan begitu. Sedangkan anda belum cuba pun. Tengok-tengok, orang yang bukan kawan beritahu dan dia kata anda tahu all along. Anda rasa mana lebih dia marah? Marah sebab anda beritahu atau marah sebab anda tahu tapi anda tidak beritahu?

Photo credit to Flaskekork
Maka, jangan buat assumptions. Ingat, don't judge a book by it's cover. Jangan assume seseorang itu macam ni-lah, macam tu-lah... selagi anda tidak jumpa dia dan tegur dan buat kawan. Believe me, you will be suprised bila tahu he is not that kind of person yang anda sangka he is. Jangan buat planning juga atas sesuatu yang anda belum raih.

りゅたろ - Saya tidak hebat. Jangan assume saya hebat.

4 comments:

Inspector Saahab said...

aku assume jugak. tp tak over la kan. hehe

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

Mcm aku cakap., assuming tak salah., tapi cara kita guna assumptions itu salah., selalunya lah.,

Inspector Saahab said...

munkin. dalam math pun ade assume kan. pndai2 la kan.

btw, gud deed. camtiks entry ini :)

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

tangs., huhu,, biasa jerw ott.,