Assalamualaikum,
Article kali ini mengenai blogs yang saya follow which mainly merupakan bloggers dan bloggerette dari kalangan rakan-rakan saya sendiri. Article pertama ini saya gabungkan seorang blogger dan seorang blogerette yang mempunyai gaya penulisan yang sama atau hampir serupa. Mereka berdua ini bagaikan bermain kata-kata kerana bahasa yang digunapakai oleh mereka ini berkias dan mempunyai mesej tersendiri.
Blog pertama ini merupakan hasil tulisan Fatin Nazirah Asnan. Dia bercerita dengan gaya bahasa yang langsung tiada kaitan dengan BM SPM. Sebab dia menulis bagaikan diari personal waima dia tahu diarinya akan dibaca. Style macam tu lah dia tulis. Dia ada mencoretkan sedikit kisah lampau.. semasa di bangku sekolah. Juga bercerita mengenai rakan-rakan. Tidak lepas peluang dalam penulisan puisi-puisi baik English atau BM.
Fatin Nazirah Asnan |
Pada awalnya, post-post yang dia buat kelihatn lebih kepada aspek kiasan. Maknanya, cerita yang disampaikan mempunyai maksud tersendiri dan hanya orang yang berkaitan sahaja faham post tersebut. Namun, menginjak dan bertapak terus ke hari ini, gaya penulisan Fatin sudah berubah . Kini fokusnya lebih kepada penceritaan secara direct walaupun banyak wataknya dirahsiakan.
Menggunakan nama AKU. MASIH. NORMAL., Fatin menerjah ke blogosphere dengan membawa mesej yang cukup jelas iaitu:"Aku masih normal". Mungkin banyak perkara yang tak masuk dek akal yang dibuatnya, namun itu normal bagi remaja. Kiranya, benda-benda yang berlaku on purpose atau tidak sengaja, semuanya normal. Itu yang saya nampak.
Rupa blog Fatin. |
Pandangan saya, apa yang menarik pada AKU. MASIH. NORMAL. ialah isi kandungannya. Cerita-cerita yang ditulis. Menegur tetapi dalam keadaan baik. Membuka rahsia tetapi masih berharga. Seronok bila seseorang itu mengizinkan kita mengintai sedikit kehidupannya. Lagipun, biasanya Fatin akan meng-conclude-kan post-nya dengan ayat-ayat yang menimbulkan persoalan. Saya suka tu.
Seterusnya merupakan seorang penulis yang sebenarnya dah banyak menulis cuma tak di-commercial-kan. Saya tahu siapa dia. Cuma dia tidak mahu dunia tahu siapa dia. Saya respect privasi dia. Walaupun dangan membuat kenyataan begini bagai mengundang controversy, namun biarlah identiti sebenar dia, saya rahsiakan dan simpan kemas-kemas dalam kotak hati. Kalau Amuk boleh berahsia, kenapa tidak dia?
Avatar mad pada Blogger. |
mad merupakan seorang yang sebenarnya mempunyai pemikiran yang lain dari lain. Berada dalam kelompok manusia yang stereotype-nya "typical Malay" bak kata Ahmad Faiz Hasan Basri, menyebabkan ramai underestimate kemampuan mad. Namun hari ini, mad mampu untuk tarik ramai pengunjung dan saya rasa lepas article ini di-publish, semakin ramai yang bertandang.
mad menggunakan pemerhatian dan pengalaman dalam menulis. Apa yang dia lihat, apa yang dia rasa, apa yang dia lalui, apa yang dia alami... itulah yang dia tulis. Menggunakan gaya penulisan puitis, bermakna mostly bahasa yang digunapakai ialah kiasan. Sebab itu saya letakkan dia sebagai A Place to Use Brain. Kalau tak pakai otak, msakan dapat anda merungkai makna disebalik tulisannya.
Rupa blog mad. |
sampah itu seni. Tiga perkataan keramat yang menjadi nama blog mad. Mempunyai mesej yang sangat mendalam. Pada saya, apa yang saya faham dari nama blog mad ialah:"Benda remeh, benda cikai, orang yang entah apa-apa, orang yang perangai buruk... mereka sebenarnya mempunyai sisi diri yang berguna kepada seluruh alam danmanusia sarwa jagat. Cuma anda yang tak nampak".
Itulah dia, dua karyawan yang mengetengahkan bakat dalam menulis secara puitis, berkias dan tersirat. Klik akumasihnormal.blogspot.com unutk ke blog Fatin dan klik sampahle.blogspot.com untuk ke blog mad.
りゅたろ - Kadang-kadang berkias juga.
No comments:
Post a Comment