Thursday, June 30, 2011

Anda Sebenarnya Kehilangan Sesuatu

Assalamualaikum,

Percaya pada saya, permulaan article ini akan jadi tersangatlah bragging fasal diri saya. Namun saya pohon anda stick till the end (macamlah anda akan tutup tab kalau saya kata saya akan brag). OK. Jangan tutup tab. Terima kasih. 

Begini, semasa saya di MRSM dulu... sometimes people will turn to me if mereka nak tahu sesuatu tentang pengetahuan am. Kenapa sometimes? Sebab ada ramai lagi yang lebih tahu (actually dua tiga orang sahaja). Kemudian semasa saya di PLKN, orang mula menggelar saya Google kerana saya share banyak benda yang orang tidak tahu atau tak ambil pusing pun. Sewaktu article ini ditulis, saya sudah mula mendapat nama sebagai Google sekali lagi atau Orang serba tahu dalam kalangan 634 ahli group di Facebook dan the number is still growing.

Edit sendiri tahu.
Kan... dah kata yang saya akan brag.

Puncanya mudah. Saya paranoid. Ya. Paranoid. Alah... sifat atau sikap yang takut semua benda tu lah. Saya, kalau nak mulakan sesuatu yang baru saya akan pastikan saya well informed dan prepared. Prepare di sini bukan sedia juga bukan siap sedia tetapi siap siaga. Betul-betul kaw punya preparation. Kira macam everything yang saya takut... saya akan tanya. Bila dapat satu source, saya akan korek sedalam yang mungkin. Bila dapat jumpa satu bahan bacaan yang reliable, saya akan baca semua yang dia tulis. Kalau nak sign kontrak, kira saya baca all the fine prints.

Paranoid saya macam mana? Lihat soalan yang saya mampu jawab. Setakat mana dan sejauh mana saya punya info? Tahap itulah paranoia saya. Saya mencari sesuatu walau sebesar zarah sekali pun. Kalau saya nak buat nachos dip tetapi saya tiada sour cream. Saya akan cari di internet substitution dia. Dan saya akan pastikan saya buat yang terbaik sebab saya nak makan. Siapa nak makan makanan tak sedap sewaktu lapar? Saya tak. 

Nachos with Sour Cream Dip and Salsa Dip
Seperti yang Ayahanda saya cerita semalam. Dia sekarang mengikuti kursus. Salah satu benda yang dia belajar ialah dari cerita ini:

Ada dua orang sahabat yang graduate dari sebuah universiti terkemuka dengan ijazah kepujian. Masing-masing dari jurusan yang sama dan apply kerja pada waktu yang sama, dengan majikan yang sama dan tempat kerja yang sama. Seorang bernama Johan dan seorang lagi Zizan (bukan nama sebenar). Satu hari, Johan di-promote dan kerana itu Zizan nak berhenti kerja. 

Majikan panggil Jozan ni. Dia kata: "Sebelum kamu berhenti Zizan, saya beri kamu dan Johan a task. Cuba kamu tengok kat hujung jalan tu, ada tak kedai buah yang jual tembikai." Arakian pun terjadilah bahawa Si Zizan ni pergi dan kembali dengan jawapan: "Ada". "Berapa harga sebiji tembikai?" kata majikan lagi. Pergilah Zizan ke kedai tu lagi dan balik dengan jawapan: "RM 7 sekilo".

Nak cari nenek jual tembikai dalam Lilo and Stich sebenarnya.
"Baiklah, sekarang kamu pula pergi tengok ada ke kedai tu Johan," arah majikan. Johan pun pergi dan kembali dengan jawapan: "Ada. Dia jual tiga jenis tembikai. Tembikai isi merah, kuning dan tembikai susu. Tembikai merah RM 7 sekilo. Tembikai kuning RM 5 sekilo. Tembikai susu pula RM 6 sekilo. Tapi semakin tua buah, semakin murah harganya".

Nampak sekarang? Apa yang sebenarnya anda hilang? Kesungguhan mencari maklumat. Saya paranoid. Akibat paranoia saya, saya cari macam-macam dengan bersungguh-sungguh. Kalau orang tanya pun saya jawab dengan bersungguh-sungguh. Sebab saya nak bantu seramai mugkin manusia.

Anda yang lihat sesuatu benda kecil itu dengan pandangan leceh dan lekeh. Anda anggap benda yang penting hanyalah belajar. Maka anda akan buat itu dengan bersungguh-sungguh walau ada yang tak. Tapi, kalau anda mahu kurus.. ada anda cari maklumat seperti anda jawab soalan SPM? Kalau anda mahu make up, anda cari maklumat seperti anda sedang jawab peperiksaan ke? Kalau anda mahu tahu cara buat itu ini... ada anda cari betul-betul? Tidak bukan?

Jadi tolonglah, wujudkan kesungguhan dalam segala yang boleh. Ramai tanya, macam mana saya boleh establish persona yang sebegini rupa. Jawapan saya: "Saya manusia biasa. Buat benda biasa. Dengan kesungguhan luar biasa".

りゅたろ - Sukar berputus asa.

8 comments:

Inspector Saahab said...

HI ENCIK GOogle :) nice entry :)

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

Apa yang nice.,?? Huhu,,

Inspector Saahab said...

laaa. aku tulis ape td? nice entry la. paranoia. ke cmne eja dia. bgus jugak to be paranoid. tp munkin bukan paranoid kot,eksaited munkin?

apewkah yg sy merapu ni =.=

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

Actually., aq dah dididik utk prepare for the worst case scenario sewaktu jd BWP., so., paranoid sikit., huhu,,

Inspector Saahab said...

now i get the point. hey mr BWP :)

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

hek eleh., tu cer lama laaa., now., aq Ian Moone., huhu,,

Syahir said...

wao.. mr-know-the-whole-damn-thing! haha, pray for me to be like ya one day! goodluck in intec!

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

Syahir., huhu,, I'll pray that you'll be a better person than I am., and thanks for the wish., tapi kan., kau adalah a few person yg aku mention in-the-know time di KKB., you are way far more better than me., hehe,,