Monday, June 6, 2011

Movies

Assalamualaikum,

Saya ada seorang mak cik yang mempunyai pemikiran lain dari yang lain. Dia kelihatan carefree which is good to maintain her smiles sepanjang masa. Masak benda-benda pedas itu normal dan sesuai dengan sifatnya yang adventurous. Selagi dia mampu, dia akan buat apa sahaja dan biasanya dia berjaya capai. Dalam banyak-banyak, ada satu benda yang pernah dia ucapkan menarik perhatian saya.

"Aunty Yan tak boleh lah tengok movies yang sedih-sedih ni. Yalah, kita hidup ni dah banyak masalah. Lepas tu pergi wayang tengok movies orang-orang yang penuh masalah. So... like kita yang bermasalah, masuk wayang, tengok orang bermasalah, akhirnya bila kita keluar... semakin bermasalah. Kenapa kita perlu menjebakkan diri dengan cerita-cerita macam tu?"


Norma kehidupan.

Konklusinya? Aunty Yan kata, kita patut tengok movie yang dapat me-release-kan tension. To be honest, saya tak rasa Aunty Yan pakai perkataan 'menjebakkan'. Tiba-tiba sahaja terwujud perkataan tu. Hehe...

Anyway, ada benarnya kata-kata dia. Tidak pernah saya terfikir bahawa kita sepatutnya tengok movie-movie yang boleh menyebabkan kita ketawa habis-habisan sebab bila lagi kita nak ketawa?

Always have genuine laugh.
Semakin kita menjengah usia, semakin bertambah bebanan kita. Hal ini disebabkan oleh bertambahnya tanggungjawab dan kepercayaan seseorang terhadap kita. Pertambahan kemahiran dan perfecting techniques yang berlaku sehari-hari turut menyumbang. Hasilnya? Kita semakin serius. Kita focus terhadap benda-benda yang penting. We tend to forget little things that made up our life like laughing or smiling - genuinely.

Sejujurnya, saya tetap nak tengok movie yang banyak masalah because that just who I really am. Seorang yang terlebih banyak berfikir. Maka, saya suit dengan genre filem yang berat-berat. But I like action movies better. Seronok tengok orang bertumbuk, menendang, melompat from impossible heights and things like that. Logic in imagination. A person can dream.

Dream
Tapi, yes. Bila kita tengok movies yang lawak... tanpa mengira jenis. Komedi romantik ke... Komedi seram ke... selagi ianya komedi, memang carefree dan seronok. Kalau lawak dalam cerita itu jadi phenomenon, lagi best. Macam Hantu Kak Limah Balik Rumah atau Jambu Maharaja Lawak.

By the way, Aunty Yan ada blog. I know. I know. We love blogs! Hehe.. Klik toksera.blogspot.com untuk pergi blog dia.

りゅたろ - Naik roller-coaster best

No comments: