Monday, June 6, 2011

Bergambar? Tidak Mahulah!

Assalamualaikum,

Umum mengetahui bahawa saya merupakan species manusia yang sedaya upaya lari dari bergambar. Biasanya orang akan kaitkan diri saya dengan perkataan MALU. Kerana apabila perlu bergambar sahaja saya lari; saya menyorok, saya bertapuk. Biarlah hanya bergambar untuk kelab, persatuan, sukan, permainan, kompeni, blok, ahli jawatankuasa dan sebagainya, memang saya akan wipe my face off the picture.

Sampai Ibunda pun tension. Sebelum berangkat ke KLIA untuk ke Kem Sinar Jaya, Kota Belud, Sabah bagi menghadirkan diri ke PLKN... Ibunda berpesan:"Jangan ngada-ngada tak nak ambil gambar. Kami nak tengok juga bagaimana kamu di sana." Then saya cakap:"Tak nak." Ibunda balas:"Ambil juga."

KLIA pernah ada fireworks ke?

Di sini saya nak get this thing straight. Saya tak pernah malu nak tangkap gambar. Tidak pernah terlintas pun. Walaupun muka saya berminyak ke, berjerawat ke, saya sebenarnya tidak malu untuk bergambar. Cumanya saya tidak suka untuk bergambar. Beza ya. Malu dan tidak suka. Malu tu macam lari-lari sana sini dari bergambar setiap kali orang angkat camera. Tidak suka itu namanya reluctant. Boleh tangkap gambar, tapi... malaslah.

Sebab saya tidak suka berada dalam gambar kerana hanya kawan sahaja yang ingat saya. Saya tidak mahu, satu hari nanti, ketika reunion, semua orang buka gambar-gambar dan mengecam kembali rakan-rakan. Nanti wujudlah ayat-ayat seperti:


"Ni sape ek?" 
"Alah... ni Hisham lah" 
"Hisham mana pulak ni?" 
"Alah.. Hisham yang macam ni, macam ni tu"

Nampak sangat tak ingat. Sebab bagi saya, seorang rakan itu ingat saya di hati, bukan pada gambar. Kalau seseorang itu benar-benar rakan saya, tidak perlu tengok gambar pun mampu untuk kenal saya. Kerana hatinya memegang erat tali persahabatan yang pernah terjalin. Mengapa perlu tengok gambar baru teringat? Mengapa perlu orang yang mengingatkan siapa diri saya ni?

Pada hemat saya, itu bukan kawan. Itu bukan rakan. Itu bukan teman. Itu kenalan. Kenalan ni, saya takrifkan sabagai seseorang berkepentingan pada kita mengikut situasi. Macam ketika ada assignment yang kena buat dengan dia atau ketika nak minta anak kita berjaya masuk sana sini. Setakat itu sahaja. Bukannya kawan yang boleh ajak lepak, tengok wayang, usha barang dan sebagainya. Bukan kawan yang mendengar masalah kita, menyokong kita dari pelbagai aspek yang termampu dan memberi kita assurance yang kita ni sebenarnya boleh.

Aku.... SUKA.... Kucing!
Maka, saya berusaha untuk memastikan saya tahu, siapa kenalan dan siapa kawan hanya menerusi gambar. Seorang kenalan tak akan ingat saya. Kawan pula tak perlu gambar sudah pun memikirkan keadaan saya.

りゅたろ - Normally gambar yang cantik adalah gambar candid.

2 comments:

Syaza Shari said...

hisham.. aku igt kau!! hehehe.. kau igt aku tak??

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

Aq baca setiap kali ko posr benda baru., so kiranya., aq igt ko laaa., hehe,,