Saturday, January 1, 2011

PESAN SAYA

Assalamualaikum,

2010 telah pun melabuhkan tirainya. 2011 pula baru bermula. Belum ada apa-apa. Cuma segala mara bahaya. Datang tidak dijemput, kunjung tidak dipinta. Itulah dia segala macam cabaran yang akan kita lalui bersama.

Apa pelik benar bunyi muqaddimah post saya ini?

Nampaknya, kita telah tiba pada tahun baru menurut kalendar Masihi. Setelah 365 dan satu per empat hari bergelar pelajar Tingkatan Lima... secara rasminya tamatlah sudah tempoh saya memegang mandat tersebut. Kini tiba masanya bagi para pelajar Tingkatan Empat untuk menggantikan tempat kami bagi meneruskan agenda pembelajaran di maktab.

Percayalah, sekembalinya anda di maktab, ruangan pada kawasan Tingkatan Lima 2010 dan Tingkatan Tiga 2010 pasti lengang. Orang ada... tetapi tidak ramai. Guru-guru dan anda sendiri semestinya tersasul-sasul untuk membiasakan tingkatan anda sekarang. Yang Tingkatan Dua dipanggil Tingkatan Satu, Yang Tingkatan Lima dipanggil Tingkatan Empat. Norma kehidupan yang normal pada permulaan penggal persekolahan yang baru.


Sepeninggalan kami, saya ingin ingatkan beberapa perkara kepada ahli Badan Wakil Pelajar (BWP) sesi 2010/2011:

1) Berfikirlah secara kolektif. 


Dahulukan keperluan pelajar dari keperluan anda. Boleh jadi juga anda plan keperluan pelajar mengikut keperluan anda. Berfikir untuk kebaikan semua. Bukan memntingkan sesetengah pihak sahaja.

2) Berfikirlah dalam jarak yang jauh. 


Fikirkan apa yang akan anda lakukan bulan ini, bulan depan, bulan seterusnya... dan so on and so forth. Bersedia. Anda mungkin tidak melepaskan jawatan awal. Pada bulan Januari, anda mungkin sudah memikirkan perkara 4 bulan akan datang.

3) Sama semua. 


Jangan sisihkan ahli anda hanya kerana mereka senyap. Jangan beri kritikan membunuh tetapi berilah kritikan yang membina. Sama-sama mengangkat antara satu sama lain untuk membawa organisasi anda ke tahap yang lebih tinggi.

4) Ingat! Anda paling superior

Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) serta Badan Dakwah dan Tarbiah (BaDar) sudah semestinya dibawah kekuasaan anda. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan organisasi lain bagaikan Badan Berkanun atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) di maktab. Anda berhak mengetahui pergerakan setiap organisasi. (macamlah kami sibuk dengan organisasi lain)

5) Fahami makna tersirat.

Guru-guru di maktab kadang-kadang tidak menggunakan bahasa yang straight forward pada anda. Fahami makna tersirat. Kaji satu persatu. Tidak yakin? Tanya! Jangan ASSUME kerana ASSUME is making an ASS with U and ME.

6) Dipimpin untuk memimpin


Memang anda memimpin. Memang anda pelajar paling berkuasa. Tetapi setiap langkah anda, dapatkan persetujuan dan kebenaran guru dahulu. Jangan main redah sahaja. Jangan cuba untuk curi-curi pun. Bahaya! Lebih baik minta sedikit masa untuk naik lewat atau balik awal dan sebagainya daripada anda tertangkap mengetuai sesuatu yang tidak dijangka.

7) Sedar diri.

Anda menawarkan diri untuk memimpin. Pelajar telah mengundi anda. Sedar diri sikit. Kalau bukan para pelajar yang memilih anda, anda tidak akan menjadi BWP. Jadi BWP susah? Memang! Tetapi anda yang mengambil borang. Kekalkan diri anda yang low profile (kalau anda memang low profile dari dahulu-lah).

8) Perbaiki kemampuan retorik


Retorik ialah kebolehan mengawal bahasa sehingga mampu untuk mempengaruhi orang lain. Senang kata, kebolehan berucap. Perbaiki gaya bahasa, pemilihan kata-kata, susun atur ayat dan paling penting intonasi dan nada suara. Your voice must always parallel with your expressions and your voice must always loud and clear!

9) Sebarkan maklumat.

Boleh bawa hand phone bukan? Maka gunakan hand phone sebaik mungkin. Lambat datang meeting, call. Cikgu cari, call. Mahu tahu perkembangan sesuatu perkara, call. Mudah bukan?

10) Perbaiki hasil kerja.

Mungkin ramai yang tidak tahu. Bermula dari Majlis Pelancaran Kecemerlangan PMR dan SPM 2010 (yang bagi Our Oath dan dapat badge itu) merupakan majlis pertama seumpamanya dijalankan. Mengapa begitu? Kerana bermula dari majlis itu, setiap majlis kita pasti ada backdrop, lagu tema dan gimik. Siapa Pengarah Majlis Pelancaran Kecemerlangan PMR dan SPM 2010? hehe. Saya. Namun untuk anda, perbaiki lagi. Tambah apa yang patut.

Hmmmm... Saya rasa sudah banyak saya bebelkan. Saya cuma berharap para BWP 2010/2011 ini lebih baik dari kami. Kadang-kadang kita terlupa, kuasa kita sebenarnya boleh menjangkau sehingga seluruh MRSM se-Malaysia. Tidak percaya? Cubalah adakan Kongress Badan Wakil Pelajar MRSM se-Malaysia. Jemput Presiden-presiden BWP dan Timbalan-timbalan Presiden BWP dari seluruh MRSM untuk membincangkan sesuatu. Bukan mustahil. Perkara tersebut pernah dilakukan.

りゅたろ - Knowledge will never be power. Knowledge and action does.

No comments: