Monday, June 13, 2011

Lelaki Feminin Ke?

Assalamualaikum,

Pernah dengar istilah lelaki feminin? Kalau pernah, adakah anda betul-betul faham apa itu lelaki feminin? Kalau tak pernah pula, saya yakin anda pernah dengar istilah lembut, pondan, bapuk, sotong, sutun dan mak nyah. Paling baru... donut. Sama ke terms semua ini? Pada saya tidak.

Pada pandangan saya, sotong, sutun dan donut adalah nama yang diberi kepada lelaki persis wanita dalam dunia moden oleh generasi yang lahir dalam lingkungan waktu yang serupa. Pondan, bapuk dan mak nyah pula diberikan oleh generasi yang lebih tua. Saya juga melihat tiga terma terakhir itu sebagai yang paling sadis.

Sedap.
Pondan dan bapuk adalah yang memang betul-betul macam perempuan tapi hakikatnya dia lelaki. Means, dia jalan lenggang-lenggok, tangan 'patah', siap ber-handbag lagi. Tapi pakaian mereka tetap seperti lelaki walaupun pink. Rambut mereka tetap seperti lelaki walaupun panjang nak mampos.

Mak nyah? Hehe... Tahu apa itu transsexual? Haa.. itulah mak nyah pada saya. Yang berpakai seperti perempuan. Baju ketat menampakkan susuk tubuh kurus dan dada rata, kain gipsy nak tutup kaki berbulu, handbag sebesar alam, anting-anting or subang nak saiz kepala sendiri, make up tebal sekaki dan really, really big sunglasses sentiasa ada. Jalan nak catwalk je. Senang cerita, mak nyah ni species yang sudah cukup kronik sampai confuse laki ke perempuan?

Ladyboy beauty peagent Philippine.
Cuma lelaki lembut dan lelaki feminin ni lain sikit. Yang ini tahap paling low. Paling tak bermasalah. Lelaki dari ketegori ini masih mengekalkan kejantanan mereka. Mereka berkawan dengan lelaki biasa, bermain sukan, berpakaian seperti lelaki lain (maybe fashionista sikit), pemilihan kata-kata seperti lelaki lain, instinct pun macam lelaki lain. All in all, tidak terlintas pun bahawa mereka ini macam perempuan dalam hati sanubari mereka. Cuma orang luar yang kata.

Mereka digelar lelaki feminin atau lembut kerana ada beberapa major characteristics dalam hidup mereka yang lain dari lelaki biasa. Walau bersukan, tapi mereka bersukan setakat ala kadar. Bukanlah sukan yang seriously sporty. Mungkin juga mereka ini menumpukan perhatian yang lebih terhadap diri mereka seperti wanita. Jaga rambut-lah, kulit muka-lah, kulit badan-lah, kuku-lah. Macam-macam. Peralatan mereka juga mungkin lebih. Sikat sahaja ada bermacam jenis. Products itu ini pakai. Oleh itu mereka digelar feminin.

Shaving sebenarnya.
Cuma, ada kalanya... mereka ini disilap tafsir. Ada yang terus cop mereka ini bapuk, pondan dan sebagainya sedangkan seperti yang saya ternagkan di atas tadi mereka ini tidak. Situasi seperti ini sebenarnya lebih bahaya dari situasi biasa dengan manusia-manusia lain tadi. Hal ini adalah kerana mereka tak terasa diri mereka mak nyah atau sotong walau sedikit. 

Hal ini akan menyebabkan berlakunya identity disorder dalam diri mereka. Mereka mungkin akan bertindak agresif dengan marah-marah, putus kawan dan sebagainya. Terbukti juga mereka ini boleh bertindak passive seperti sedih seorang diri yang akhirnya boleh menyebabkan kemurungan dan seterusnya moral down. Jadi hati-hati walaupun perkara ini akan berlaku jika force yang menyebabkan ianya berlaku berada dalam skala besar.

Lonely gila.
Kalau anda berada di tempat baru, dan anda lihat ada lelaki yang sedikit lembut... jangan terus cop dia bapuk. Hancur luluh hati dia nanti. Tapi kalau anda lihat lelaki itu seperti bangga menayangkan ke-bapuk-kannya, haa.. go ahead and call him bapuk sebab dia tahu dia macam tu dan dia tiada perasaan buruk langsung.

Nak mudah kenal, macam ni lah... Kalau anda tengok lelaki itu senang blend in dengan crowd walaupun dia agak keperempuanan, maknanya dia lembut sikit dan tidak akan timbul masalah atau negative feedback dari orang sekeliling. Jadi dia mungkin lelaki feminin. Tapi kalau anda tengok lelaki itu mingle among groups yang berperangai sejebon macam dia atau rapat terlebih rapat dengan perempuan... jauhkanlah diri anda. Bahaya.

りゅたろ - Saya tahu siapa saya.

9 comments:

Syaza Shari said...

geli nya lady boys phillipines tu.. eeiiyyekk!! nice post hisham!! :)

Aku Normal said...

berperangai sebejon macam dia? sejebon! ahha! love this!

Aunty Yan said...

yaa AY setuju.. ambil contoh Chef Wan.. lelaki..suami.. ayah and datok.. if kita nak ambil pot apa yg orang kata.. ppl akan terus berkata2.

Charles Steven said...

ye x ye jga kn...tgk aznil AF tu nmpk lemah lembut,ttpi sdh beristeri..ada anak pulak tu...

syasya said...

even lelaki yg metrosex pun org ingat nyah..lol..aku ade kwn yg good in fashion! wee

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

Syaza., dekat Malaysia dah ada ladyboys tau., pergi A' Famosa resort., kat Cowboy town., tgk parade mlm tuh., 'pompuan' plg sexy diorg lerr.,

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

Fatin Nazirah., kenapanya pun dgn sejebon.,?? huhu,,

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

Aunty Yan and Charles Steven., see.,?? Ramai irang tak sedar benda ni kan.,?? Huhu,, harap2 after this., bg yg baca my article., tade lah terus cop lelaki feminin nih bapuk or pondan.,

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

Fasya., aku dah tulis pasal mertosexualiti., menyentuh issue yang ko bangkitkan., huhu,, BTW., siapa kwn ko yg good in fashion tuh.,??