Friday, June 24, 2011

143 Itu Apa?

Assalamualaikum,

Pernah dengar 143? Mungkin lovers selalu dengar. Lagipun pada saya 143 ini di-popular-kan oleh movie Hindustan bertajuk.... OK saya tak tahu tajuk. Yang pasti waktu kecik-kecik dulu pernah dengar lagu Hindustan yang dok sebut-sebut 143 ni. Tapi apa sebenarnya 143?

Umumnya, 143 bermaksud I Love You. Itu jawapan yang paling common. Setiap nombor mewakili huruf perkataan yang berada dalam ungkapan I Love You. I = 1, Love = 4, You = 3. Namun, baru-baru ini (actually bertahun dah) 143 juga membawa maksud I Hate You. Hal ini disebabkan oleh love dan hate berkongsi jumlah huruf yang sama. Kadang-kadang, kita akan jumpa 1437. Yang ini ditambah dengan perkataan forever yang diwakili nombor 7.

Red 4 indicates something.
Saya sebenarnya tidak mahu bercerita mengenai maksud 143 or 1437. Saya ingin bercerita mengenai consequences bila kita bermain dengan perasaan. 

Pada pendapat saya, one cannot force one's love or hatred. Maka, kasih sayang dan benci ini datang dengan sendirinya. Kita tidak boleh paksa sesorang untuk suka kita tiba-tiba. Tidak mungkin juga kita boleh buat seseorang benci kita secara sengaja. Kita juga tidak boleh suka dan benci orang sesuka hati. Kita tidak boleh force diri kita untuk benci seseorang yang kita sayang. It's not right. Bukan fitrah manusia untuk sesuka hati benci dan sayang orang.

Photo credit to aram287 from Deviantart.
Perasaan bukan maca suis. Bangun pagi, tiba-tiba rasa macam nak suka pada Si Polan bin Si Polan. Maka, tekan suis suka. Esok pula rasa macam nak benci dia. Maka, tekan suis benci. Tak akan terjadi. Namun, ada possibility dan probabilty untuk kita suka dan benci terhadap seseorang atau buat orang rasa macam tu pada kita secara gradually.

Konsep yang diguna pakai adalah sama dengan konsep berkawan. Bila kita baru kenal seseorang itu, kita akan jadi defensive, jadi cautious dengan segala benda yang dia buat sebab kita tengah meng-evaluate orang tu. Lama-lama, bila kita dah mula percaya dia... kita masukkan dia dalam group of friends kita. Kemudian dia prove diri dia lebih baik dari normal friends. Maybe dengan being trustworthy. Mungkin sifat dia yang mendengar. Mungkin karakter dia. Banyak sebab. Tetapi, yang pastu anda akan tarik dia masuk circle of best friends pula.


Macam tu juga cara kita buat seseorang suka pada kita atau kita suka pada orang. Kita boleh tunjuk rasa sayang sebagai kawan dahulu. Lepas diangkat jadi kawan baik, slowly kita tunjukkan kasih sayang. Pastu confess. Tetapi, teknik ini tak semestinya jadi. Sebab rasa janggal bila best friend jadi kekasih then kalau putus... ambik kau! Cumanya, you get the picture yang love terhadap seseorang baik dari diri sendiri pada orang lain atau orang lain pada diri sendiri boleh kita pupuk dan semai.

Lain ceritanya dengan membenci. Sebab benci itu walaupun fitrah manusia, tetapi it is not the right thing to do. Maka, kalau dapat kita buat diri kita benci sesorang pada hakikatnya kita sayang padanya... nanti kita penat. Sebab membenci is emotionally draining. Kita akan fed up. Kita akan stop membenci sebab semua hanyalah satu kepura-puraan (ada ke perkataan ni?). Why doom yourself untuk benci sesuatu or seseorang? Is that what Allah nak or is that what syaitan nak?

So, one cannot force one's love or hatred... even if it is towards himself. Jangan lawan sifat mahmudah dalam diri. Jangan musnahkan semua yang ada. Jangan biarkan pepatah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga menjadi kenyataan. Kita boleh buat orang sayang pada kita, tetapi biar berhemah. Bukan merampas. On the other hand, kita tidak mampu benci orang suka-suka. It is not right. Maka, sebarkanlah kasih sayang keseluruh dunia!

りゅたろ - Lakukan yang terbaik untuk semua.

5 comments:

Inspector Saahab said...

ooo. tak penah tahu pun 143. HAR HAR. KUNO KOTT DIRIKU

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

Tade lah kuno., biasanya perempuan yang tahu., aq tahu un dr pompuan., hehe,,

Inspector Saahab said...

ohh. hahah. yeah tak kuno.lol

Syaza Shari said...

hurmm... is it okay for me to love the people who hates me (I think)??

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

loving someone who hates us is not a problem., cumanya sometimes it doesn;t turn out to be great., tapi igt., jgn membenci apa yg kita sayang (selagi dlm bts Islam) dan jgn paksa diri atau org lain untuk menyayangi sesuatu yg dia tak sayang (juga selagi dlm bts Islam).,