Thursday, May 26, 2011

Vloggers dan Vloggerette Popular Malaysia (part 1)

Assalamualaikum,

Perkataan 'blog' wujud secara tidak sengaja. Asalnya 'web log' yang di salah tulis secara sedar ke 'we blog'. Instantaneously, perkataan blog itu jadi famous. Namun lain ceritanya dengan vlog atau v-log. 'V' bermaksud video dan log tu... log lah kan? Bila digabungkan kedua-duanya jadilah vlog yang orang-orang bercakap sendirian (kadang-kadang in groups) di hadapan camera mengenai sesuatu perkara. Common thing to do di barat but it's a new thing di Malaysia.

Normally vlog akan di-upload ke Youtube dan anda boleh mencarinya dengan mudah. Vloggers dan vloggerettes juga biasanya datang dari group of bloggers dan bloggerettes. Individu dari blogosphere ini merupakan individuals yang ingin menterjemahkan pemikiran dalam bentuk tulisan. Vloggers dalam bentuk video. Lebih mudah untuk popular melalui vlog dan lebih mudah untuk dibenci melalui vlog.

Namun, populariti vlogging meningkat sedikit demi sedikit di Malaysia. Seperti yang famous ketika ini IniAnwarHadi, matluthfi90 dan aimanazlan90. Tiga individu yang berbeza, mempunyai intepretasi idea dalam bentuk yang berbeza, tahap creativiti yang cukup berbeza tetapi menggunakan medium yang sama.


IniAnwarHadi merupakan pelajar Malaysia ke Australia yang mengambil kursus Teaching English to Speakers of Other Languages (TESOL). Dalam kata lain, dia menggunakan BM, BI and Manglish sebagai bahasa perantaraan. Issues yang diketengahkan olehnya merupakan issues yang lebih kepada menjana minda proaktif dan seumpamanya. Humour itu ada namun Anwar Hadi lebih mengetengahkan mesej dari lawak. Dia juga ada blog.

Ini Anwar Hadi.
Anwar Hadi mempunyai kelebihan dengan meminta orang lain tolong buat benda yang dia nak. Macam tolong jadi cameraman (some cases camerawoman) dan membelikan sweater Hujan. Yes! Seriously dia buat contest dengan soalan:"Apakah tajuk show saya?" dan bagi siapa yang dapat menjawabnya dengan betul akan dapat peluang untuk belikan dia sweater Hujan. Tak logik bukan? Namun he got away with it. Anwar Hadi juga mahir dalam buat travelling videos. Bila anda tonton video dia travelling anda rasa seperti anda turn on channel 707 di Astro iaitu TLC.

The Learning Channel
Anda pernah dengar Digi WWWOW Awards? Alah... Anugerah internet tu. IniAnwarHadi tercalon dalam beberapa kategori dan kini dia berada di tangga pertama bagi kategori Fave Malaysian Male Online Celebrity. That means dia telah berjaya kalahkan Aznil Haji Nawawi, Ashraf Muslim, Awal Ashari and Fahrin Ahmad to name a few. Bayangkan... dengan bercakap depan camera anda boleh buat begitu.

First ever in Malaysia
matluthfi90 ini first time saya encounter sewaktu hari ibu tahun lepas. Mak saudara ada menghantar video Luthfi kepada mak saya supaya ditonton bersama. Video itu berkaitan dengan sambutan hari ibu-lah. First time tengok rasa geli geleman otot perut ni sebab lawak gila. Seriously kalau ibu-ibu menontonnya, masing-masing akan berharap agar anaknya buat begitu juga. Tahun ini video hari ibu Luthfi tampak lebih matang dan berkeyakinan.

Luthfi.
Luthi famous dengan rupanya yang kelihatan seperti mamat Korea walau ada yang kata dia mempunyai resemblance dengan Farid Kamil (saya tak nampak sikit pun!) Selalunya dia akan melakukan impersonating dalam video-nya. Dia juga mahir buat video interviewing people sehingga anda rasa macam anda tengok Behind The Scenes di channel 712 iaitu E! di Astro.

E! stands for entertainment.
Terdapat banyak resemblance Luthfi dan Anwar Hadi. Selain mereka sama-sama menuntut di Australia, mereka juga datang dari Kedah. Anwar Hadi TESOL di Macquarie University dan Luthfi engineering kot. Luthfi lebih selesa menggunakan dialek Kedah sepanjang video namun Anwar Hadi hanya bila dia rasa dia mahu. Namun, ada seorang lagi yang saya baru sahaja kenal dan belum tahu banyak tentang dia yang lansung berbeza dengan mereka berdua ini.

Individu tersebut ialah aimanazlan90. Well, maybe nombor dekat belakang itu sama macam matluthfi90, dan Anwar Hadi ada menyentuh issue yang berkait rapat dengan aimanazlan90 namun itu sahaja. Tiada lain. Aiman Azlan merupakan pelajar Malaysia ke Mesir. Dan mungkin dia juga merupakan pelajar medic, itu saya tidak tahu. Yang saya tahu... Aiman Azlan bercakap mengenai Islam dan satu-satunya yang menggunakan high tech camera di antara mereka bertiga. Dan normally Aiman Azlan akan pakai fully English.

Aiman Azlan.
Aiman Azlan juga selau melakukan impersonating tetapi impersonating dia lebih kepada orang yang sama cuma gaya berbeza. Kalau Aiman Azlan impersonating someone, dia mesti pakai snow cap dan tampal post-it di dahi dan pada post-it itu dilukis muka menggunakan marker pen. Itu gaya Aiman Azlan  impersonate others. Klik di links ini untuk ke channel mereka di YoutubeIniAnwarHadimatluthfi90aimanazlan90.

baru vloggers... mana vloggerettes? Pergi ke Vloggers dan Vloggerette Popular Malaysia (part 2).

りゅたろ - Teringin nak buat.

2 comments: