Friday, May 20, 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 - Buku: Dunia Tanpa Sempadan

Assalamualaikum,

Masya-Allah! Panjangnya tajuk article!

Saya tahu saya sudah tersangat lambat untuk berbicara mengenai book fair ni, tetapi saya mahu teruskan juga (semangat). 

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 - Buku: Dunia Tanpa Sempadan ini berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 22 April 2011 hingga 1 Mei 2011. Selalunya, apabila berada dalam keluarga yang SAYANG akan buku seperti keluarga saya, memang kami akan pergi. Cuma kali ini ada special request dari Adinda yang sedang belajar di sebuah sekolah berasrama. Maka kami hanya sempat datang pada 1 Mei iaitu hari terakhir.

Poster book fair.

Ayahanda beri bajet sama rata antara adik beradik dan kami dilepaskan untuk run amuck mencari buku-buku yang kami berkenan. Tempat pertama yang saya tuju adalah Saba Media. Saya dah agak Saba Media akan berada di tingkat dua seperti sebelum-sebelum ini dan ternyata agakan saya tepat. Saya meminta Azlan bin Zainal Abidin untuk recommend-kan a few books yang sesuai untuk orang aneh seperti saya namun bukan semua saya mampu beli. Antara semua buku yang dia recommend, ini yang saya beli:

Notice the Star of David?
Not the updated version.
Kemudian saya pergi pula ke Telaga Biru Publications untuk mencari buku-buku tulisan Hilal Asyraf. Duk pusing-pusing mencari satu buku ni. Then tanyalah sales girls (sebab paling dekat!) mereka beritahu yang Langit Illahi:  Tuhan Tidak Lupakan Kita sudah habis dijual. Oh well. At least dapat Langit Ilahi 3: Fanzuru - Maka Lihatlah. Selepas ini kalau ada rezeki dan selepas selesai membaca, saya akan beri review on those books.

Cover buku.
Sebelum balik, saya sempat meneman Adinda untuk ke Kedai Pink Ain Maisarah yang menang booth tercantik. Sempat jugalah Adinda bergambar bersama Ain Maisarah dan beli set buku terbaru selain mendapatkan tanda tangan penulis tersebut. Malangnya gambar-gambar bersama Ain Maisarah  yang di-snap melalui phone berada dalam format bukan .jpg. Maka tidak dapat saya upload disini sebab malas nak convert.

Terima kasih Encik Google!
On the way balik saya terserempak dengan Muhammad Rahimi bin Mohamad Hisham. Dia handsome as always especially dengan gaya rambut baru dan the DSLR camera berada dalam tangannya juga as always. Akibat terkejut yang teramat sangat, masuk dalam kereta sahaja saya sudah pening-pening, kepala berdenyut-denyut dan mungkin ada sedikit motion sickness. Hebat betul Rahimi sampai boleh buat saya macam tu! Haha. Rahimi yang baru tiba ingin meneman adiknya yang juga mahu ke Kedai Pink Ain Maisarah.

りゅたろ - Selalu terserempak waktu remang-remang senja semasa baru mahu pulang.

No comments: