Thursday, May 19, 2011

PETRONAS EduQuest Camp 2011 (part 4)

Assalamualaikum.

Sepanjang EduQuest ni yang wajib bawa alat tulis. Bawa alat tulis macam ketika menduduki peperiksaan SPM. Highlighter, calculator, basic stationeries dan invest dalam satu pen yang kelihatan eksklusif. Pen eksklusif itu tak semestinya mahal macam Parker yang biasa-biasa tapi menghampiri pen Parker sahaja pun sudah lebih dari memadai. Hal ini adalah kerana, pen itu perlu disematkan pada poket kemeja semasa interview. Baru nampak gah! Jangan lupa pakai jam besi atau tali hitam sahaja. 

Pen eksklusif Faber Castell.
Pen eksklusif Parker.

Funky pens yang tidak wajar dibawa interview


Exam Grade bukan Interview Grade

Pakaian time datang tu memanglah wajib pakai kemeja dan baju kurung, tapi after lunch, boleh pakai smart casual macam blouse, dress, t-shirt (wajib tutup aurat dan sopan), slack, kasut, tali pinggang, baju kolar. Tidak perlu tuck-in tapi kalau buat lagi bagus! Malam pun sama. Boleh pakai smart casual. Siapa yang nak pakai kemeja dan tie serta baju kurung yang sama dari siang sampai malam? Hari kedua tu memang pakai formal-lah. Dari pagi sampai balik. Ketika balik, boleh pakai apa jua yang hendak dipakai. So, all in all, Mungkin 3 kemeja, 2 smart casual, 2 baju biasa (tidur dan balik).

Toiletries WAJIB bawa. Berus gigi, ubat gigi, sabun, shampoo, pencuci muka dan gel/minyak rambut. Rambut semasa interview sebaik-baiknya kemas dan kelihatan basah. Bantal, sarung bantal dan cadar tidak perlu bawa kerana anda masuk bilik sahaja, atas tilam tebal gila bercadar biru langit sudah ada bantal yang bersarung sama warna. Bawa selimut. Sejadah pun perlu juga sebab penyapu tidak di-provide-kan. Saya tahu anda malas pergi masjid.

Saya sarankan anda untuk tidak membuang masa menghafal segala fakta mengenai PETRONAS, UTP dan course anda. Sebab tidak ditanya walau pun sekali. Okay maybe dia akan tanya ambil course apa and that's it. Tak ada dah lepas tu. Tapi saya sangat-sangat recommend anda untuk membaca isu-isu hangat bertaraf SPM. Alah, macam isu-isu karangan BM. DiKeMaSeN + A (DIri, KEluarga, MAsyarakat, SEkolah, Negara, Antarabangsa). Isu-isu itu-lah. Revise juga add maths dan math mod (bagi semua course) serta physics, biology dan chemistry (bagi science courses sahaja).

Cakap english? Berterabur pun tidak mengapa. Grammar salah? Tidak menjadi masalah. Janji bercakap dan mengutarakan pendapat sendiri. Grouping takut tidak menyerlah? Yang paling banyak bercakap yang tak dapat scholarship atau tempat. Rasionalnya kerana dia bolot semua. Tidak memberi ruang untuk orang lain mencuba. Adakah individu yang mahu orang macam tu dalam community di university? So, memang secara automatic yang banyak bercakap beri peluang dan yang tidak bercakap akan bercakap.

りゅたろ - Memulakan grouping, tetapi tidak dapat Penajaan Pedidikan PETRONAS.