Tuesday, May 24, 2011

Sudah-Sudah Lah

Assalamualaikum,

Kita harus akur dengan lumrah alam yang kita tidak hidup di muka bumi Allah ini bersendirian. Paling kurang pun 6, 966, 543, 000 atau bahasa mudahnya 6.9 billion manusia bertebaran di seluruh dunia. Maka, keseluruhan hidup dan hayat seseorang itu memang akan bergantung kepada manusia sarwajagat. Tiada yang mampu hidup bersendirian tanpa companion walau seorang pada waktu yang lama.


Apabila sudah hidup dalam dunia yang penuh dengan homosapiens  ini memang menjadi satu kemestian untuk berlaku perbezaan pendapat, kehendak dan cara hidup. Sesungguhnya perbezaan itu bukanlah percanggahan dan perlanggaran namun hanya perbezaan.


Contohnya, wujud dua individu berbeza yang ingin menuju tempat yang sama menggunakan kaedah berbeza. Mungkin Si A akan bergerak ke destinasi menggunakan khidmat syarikat penerbangan. Kapal terbang akan berlepas jam 4.00 petang dengan perjalanan 1 jam setengah. Si B pula menggunakan kepakaran dalam pemanduan. Dengan kelajuan dan kemahiran yang ada pada Si B, perjalanan menuju destinasi akan mengambil masa 3 jam setengah. Masing-masing kena sampai di destinasi jam 6 petang. Berbekalkan perancangan masa yang efektif, akhirnya masing-masing tiba 15 minit awal.

Ni private plane!
Lari dari storm ke?
Ada anda nampak masalah antara mereka berdua?

Tidak bukan? Hal ini adalah kerana masing-masing membawa diri dengan cara sendiri tanpa mengganggu gugat yang seorang lagi. Buatnya tiba-tiba Si A itu kata Si B itu memandu tak ingat dunia? atau mungkin Si B kata Si A bajet kaya sedangkan gaji sama? Dah bergaduh berdua. Bercakaran bagai anjing dengan kucing. Kalau bergaduh sesama mereka dalam hand phone atau e-mail tidak mengapa. Ini tidak bertikam lidah di hadapan pintu gereja pada perkahwinan Putera William dan Puteri Catherine. Habis 2 billion populasi dunia melihatnya.

Gelap juga adik Princess Catherine.
Mengapakah tidak mereka berdua menerima sahaja keadaannya bahawa seorang itu memang sudah gayanya begitu ketika memandu dan seorang lagi memang telah diajar oleh ibu bapa untuk menggunakan khidmat syarikat pernebangan? (panjangya soalan)

Sesungguhnya tidak perlulah buat tindakan drastik hendak keluar sana-sini. Yang ditegur terima sahajalah teguran. Anda ditegur kerana perbuatan anda yang kurang menyenangkan bagi majoriti kaum wanita yang tidak berapa berminat dengan gaya anda begitu. Untuk apa anda ditegur? Supaya anda tidak terus memalukan diri anda secara terbuka. Kenapa tiada yang menegur selama ini? Sebab Melayu memang malas. Mengambil prinsip: jangan jaga tepi kain orang sedangkan itu yang di anjur dalam Islam.

Yang menegur pula selepas selesai menegur cukup-cukuplah tu. Tak payah hendak memanjangkan pertelagahan. Anda sudah menyatakan hasrat hati dan sudah selesai dengan percubaan untuk membaiki peribadi yang ditegur. Jika yang ditegur itu kepalanya keras seperti platinum atau hatinya hitam lagi legam biarkan sahaja. Sudah sebati dengan diri dia. Anda hanya perlu memohon kehadrat Illahi moga-moga dibukakan pintu hatinya. Settle.

Pesan saya, yang ditegur, kekalkan diri anda di mana jua anda berada sebelum ini. Jangan sibuk-sibuk cari kawan dan secara vocal menzahirkan kebencian dan kemarahan kerana tidak bawa ke mana-mana pun. Situ tetap situ. Yang menegur pula, sudah! Stop bertumbuk dan berbunuhan. Kita perlukan keadaan yang aman damai. Siapa makan cili, dia terasa pedas.

りゅたろ - Seronok tengok orang bergaduh sebab tempat itu hampir mati.

No comments: