Assalamualaikum,
Perasan tak, kita selalu berdoa kehadrat Illahi agar Dia turunkan rahmat, bantu kita dalam apa jua benda serta meminta diberikan macam-macam. Sedar atau tidak bahawa kita sebenarnya lebih doa dari usaha dan lebih dunia dari akhirat.
Contoh dalam issue Palestin. Bila Israel serang Palestin dulu tu, habis ramai-ramai solat hajat mohon Allah selamatkan Palestin. Kita masukkan kesejahteraan Palestin dalam doa. Kita boikot barang-barang. Tapi berhasil ke? Macam tak. Masih diteruskan lagi dengan semangat berapi panas membara seperti dulu ke? Tidak bukan?
Saya bagi satu analogi mudah. Anda mahu buka almari dan ambil baju seterusnya pakai kerana anda ada temu janji. Anda pun berdoalah kepada Allah supaya pintu almari terbuka dan baju tersebut dapat anda pakai. Kemudian anda duduk dan tunggu sahaja. Tunggu dan terus menunggu sehingga pintu almari itu terbuka. Bila anda tengok jam... sudah lambat rupanya anda ini, anda doa lagi tapi kali ni penuh tawaduk dan kesungguhan. Boleh terbuka pintu almari? Boleh tiba-tiba terbang baju itu dan jatuh atas badan anda dan miraculously anda dah pakai baju? Mustahil!
Allah mahu memperkenankan doa anda melalui diri anda sendiri. Allah sudah sediakan kejayaan yang cukup cantik dan indah untuk anda rasai bila anda capai. Tapi semuanya melalui anda sendiri. Allah akan makbulkan doa anda untuk buka alamari bila anda gunakan tangan anda untuk pegang pintu almari dan buka. Allah makbulkan doa anda untuk berjaya pakai baju bila anda ambil baju kemudian sarungkan pada badan. Lihat! Doa anda untuk pintu almari terbuka dan pakai baju sudahpun Allah makbulkan melalui diri anda sendiri.
Cukup ke kalau kita setakat berdoa untuk mendapatkan pointer 4.00 kalau anda luangkan masa berjalan, bersukan, berhibur lebih dari masa anda belajar? Cukup ke untuk kita solat hajat agar Palestin bebas kalau kita sendiri tak hulurkan bantuan dalam bentuk yang mampu membebaskan mereka? Kalau doa sehebat mana, oleh Syeikh-Syeikh terhebat dunia sekali pun, tetapi usaha yang kita lakukan tidak munasabah... buat apa?
Memang, saya tidak menafikan bahawa berdoa dan selepas itu bertawakal merupakan salah satu usaha. Tetapi seperti analogi saya tadi. Cukup ke setakat itu? Namun jangan anda pernah putus harap pada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Walau apapun berlaku dalam kehidupan anda percayalah tanpa sedikit pun ragu-ragu bahawa itu adalah ketentuan-Nya dan Dia tidak akan sekali-kali membiarkan anda sesat selagi anda berpegang pada perintah-Nya. Apa jua cabaran yang menimpa sentiasa ingat bahawa Allah itu akan membebaskan anda dari belenggu masalah tersebut.
Tetapi awas! Jangan anda berpaling setelah anda mendapat bantuan-Nya. Sebenarnya ramai dari kita yang ingat Allah dalam waktu kesusahan sahaja. Bila ditimpa malapetaka dahsyat kita akan bertindak kerdil di hadapan-Nya sesuai dengan diri sebagai seorang hamba.
Contoh, bila kita terlupa hantar assignment dan assignment tertinggal di bilik. Pasti tak putus-putus anda berdoa kepada Allah agar jalan raya lengang supaya anda mudah untuk balik dan ambil. Anda juga tidak putus-putus berdoa agar Allah 'sempatkan' anda hantar assignment. Kalau tidak sempat anda berdoa pula meminta Allah lembutkan hati lecturer untuk menerima kerja anda. Bila anda sedar masalah itu pada awalnya anda akan cakap:"Ya Allah, aku lupa hantar!" Bila sudah selesai, anda kata:"Alhamdulillah, nasib baik sempat" Kemudian anda berusaha untuk tidak mengulanginya.
Dan... time tu sahajalah anda ingat Allah, selepas tu.. anda pergi berhibur bagai nak rak kerana berjaya. Bukan begitu? Ingatlah, Allah mahu makbulkan doa anda melalui diri anda. Allah juga bukan untuk kita ingat dan perhambakan diri bila ditimpa kesusahan sahaja.
りゅたろ - Ingatkan diri sendiri juga..
2 comments:
doa really can do miracle:)
But don't doa when needed sahaja., doa all the time., :)
Post a Comment