Friday, May 20, 2011

Terjaga

Assalamualaikum,

Maafkan saya kerana tidak mengetahui. Maafkan saya kerana sombong. Maafkan saya kerana melihat dunia melalui perspektif saya sendiri.

Apabila saya berada dalam lingkungan pelajar-pelajar elite, saya tidak sedar akan satu hakikat: dunia dipenuhi oleh individu-individu berbeza. Saya sudah hidup selama lima tahun bersama pelajar-pelajar pandai dan mungkin akan terus bersama golongan yang sama sepanjang lima tahun lagi. Saya hanya melihat kumpulan manusia ini mampu untuk mencapai pelbagai perkara dalam apa jua bidang yang mereka ceburi dengan kelebihan yang Allah beri tanpa saya fikirkan mereka yang di luar lingkungan.

Sama sekali tidak saya sedar bahawa bukan semua manusia dianugerahkan kecerdasan akal fikiran. Pernah saya terjaga seketika cuma, di PLKN. Namun wave of realisation itu tidaklah sehebat mana. Hal ini adalah kerana, dalam malam yang suram itu saya dikejutkan oleh nyalaan lampu pelita sahaja. Hanya cukup untuk menerangi ruang jangkauan tangan saya. No further.

Baru-baru ini baru saya sedar bahawa hidup ini kena struggle to achieve the best. Saya lihat dalam kalangan rakan-rakan ada yang sampai kena buat rayuan untuk diterima masuk ke IPT. Jalan saya yang Allah beri cukup mudah. Dengan result yang sebegitu, saya mampu untuk mendapatkan segala apa yang saya inginkan, asalkan berusaha. Sungguh tidak saya sedari ada yang terpaksa berusaha lebih.

Memang saya akui, saya confident dengan EduQuest Camp 2011. Saya yakin interview saya yang terbaik dalam kumpulan. Namun dengan kuasa Allah, saya tidak dapat Penajaan Pelajaran PETRONAS. Betapa frustrated-nya saya sewaktu itu. Saya mahukan glamour mungkin. Saya mahukan freebies mungkin. Yalah, bila PENAJAAN, Insha Allah everything is free (almost). 

Saya memang tidak mengharap pada Pinjaman Pelajaran MARA kerana saya merasakan interview session saya begitu teruk. Tidak memaparkan diri saya yang sebenar. Yang banyak cakap. Yang banyak memberi idea-idea lain dari yang lain. Lagipun setelah tiba di rumah baru saya dapat jawapan terbaik yang sepatutnya saya beri sewaktu menjawab soalan: Do you find it difficult to work with your team? Alih-alih saya dapat MARA

Bersyukur itu memang, tetapi terkejut itu lebih. Saya apply Program Tenaga Pelajar di Australia atau New Zealand melalui Teaching English Second Language (TESL) tetapi MARA memberikan saya sesuatu yang tidak terjangka iaitu Sastera Ikhtisas (ekonomi/pengajian logistik/kewangan) di Amerika. Sesuatu yang sangat berbeza. Kalau saya pergi UiTM Kuala Pilah pun saya akan teruskan dengan E2220 Diploma Pengajian Perniagaan.

Saya tidak sedar bahawa semua yang saya apply saya dapat walaupun kursus bukan pilihan. Orang sekeliling saya, ada yang tiada pilihan kerana hanya menerima satu sahaja feedback positif. Ada juga yang application-nya hilang tanpa khabar berita. Bahkan yang terpaksa membayar large amount of money sendiri untuk meneruskan pengajian. Tidak saya sedar yang hidup mereka lebih banyak onak duri.

Golongan bijak pandai? Macam-macam yang mereka dapat. MARA, JPA, PETRONAS, YTN dan sebagainya. Jalan mereka mudah. Minta dapat. Minta dapat. Sedangkan di luar sana ramai yang ingin mengorak langkah bersama namun kaki telah dipateri ke bumi. Sudah pun berakar umbi membenamkan diri.

Mengapa begitu ignorant saya ni? Boleh saya sangka semua orang akan meneruskan pengajian! 

Saya harus lebih berhati-hati mulai sekarang kerana hidup saya tidak lagi semudah dahulu. Mungkin jalan saya lebih luas dari yang lain tetapi tidak bermakna saya boleh melepasi lubang-lubang kehancuran, rekahan-rekahan iman serta bisikan-bisikan syaitan. Saya bersyukur dapat apa yang saya dapat dan maafkan saya rakan-rakan kerana menyangka hidup anda juga semudah hidup saya.

 りゅたろ - Macam merepek.