Sunday, May 22, 2011

Pembaharuan Buat Kali Ke Berapa Tak Ingat

Assalamualaikum,

Bagi anda yang menjadi rakan-rakan saya di Facebook mungkin sedar yang saya dah lama bonar tak buka Facebook. Mungkin ada juga yang tahu kenapa. Well, sebabnya saya nak focus balik on my blog sebab memang lama gila tak update blog sejak balik PLKN. Itu pasal saya berazam untuk tidak buka Facebook selama sebulan. Dan setakat ini memang saya berjaya untuk tidak buka Facebook (pada phone tu Apps ok!). 

Dan dengan bangganya saya mempersembahkan anda.... rupa blog saya yang terbaru! Balik PLKN saya tukar URL, kini sepenuhnya saya telah buang imej Sekkai Sachikawa dari blog dan kehidupan saya. Saya juga harus mengingatkan kepada semua followers saya bahawa anda harus manage kembali following saya itu untuk mendapatkan updates terbaru di dashboard (SORRY!).

Secara jujurnya, kalau anda mahu tahu, template atau layout blog saya ini hanya ada satu dalam dunia. Hal ini adalah kerana, selain daripada reka letak gadget dan post di blog ini mengikut kehendak saya, saya juga memilih setiap warna bagi setiap benda dalam blog saya sendiri. Saya juga menggunakan font tulisan sendiri. Saya juga telah tukar tabs kepada drop down menu supaya anda mudah untuk baca articles saya mengikut segment (juga satu dalam dunia).

Ibarat Blogger ini guru seni. Dia sediakan segala perkakasan. Berus, oil paint, canvas, thinner sehinnga subjek lukisan pun disediakan. Maka, saya menggunakan imaginasi saya untuk menjadikan hasil lukisan saya itu hak milik saya. Begitulah blog ini.

Gambar background ini mempunyai ceritanya tersendiri. Untuk pengetahuan anda, saya menggunakan gambar yang saya tangkap sewaktu Minggu Aktiviti Semester Dua 2010 di MRSM Kuala Kubu Bharu. Gambar yang saya ambil sendiri, edit sendiri, menggunakan camera sendiri. Haha... Lagipun saya sebenarnya mempunyai banyak pilihan untuk dibuat cuma saya decide layout yang anda lihat inilah yang terbaik ketika ini.

Ketika article ini ditulis, saya hanya tinggal 8 hari sahaja lagi untuk berjaya dalam keazaman saya untuk tidak buka Facebook selama sebulan. Maka saya akan berusaha sebaik mungkin untuk post segala macam benda yang boleh di-post. Harapan saya anda tidak akan pernah berputus asa dengan saya dalam blogging kerana saya percaya beberapa ketika sahaja lagi, issue yang saya bawa mungkin tidak lagi keanak-anakan kerana saya akan melangkah juga ke alam kolej kemudian universiti. 

Saya percaya sewaktu proses itu berlangsung, pemikiran yang selama ini MUNGKIN ramai lihat matang (pemikiran sahaja bukan perwatakan) akan lebih gila, lebih berani, lebih radikal dan lebih liberal. Apa yang saya perlukan? Sokongan anda. Bersama-samalah dengan saya membangunkan blog ini.

りゅたろ - Rasa pelik bila tulis ending.

No comments: