Tuesday, May 31, 2011

Vloggers dan Vloggerette Popular Malaysia (part 2)

Assalamualaikum,

Baiklah sekarang saya bercerita mengenai vloggerette pula.

Sebenarnya wujud beberapa individu yang telah berada atau mem-vlog lebih lama dari vloggers. Antaranya C.S.D.P., Hana Tajima dan Maria Elena Zarul.

C.S.D.P. ini stands for Cikgu Shida Dari Parit dan sememangnya dia seorang guru. Bukan suka-suka hati letak nama dia Cikgu Shida tapi memang dia dipanggil Cikgu Shida di sekolah. Mempunyai hobi untuk miming lagu-lagu famous dalam versinya tersendiri di hadapan camera. Cikgu Shida akan pakai kostum, make-up dan mempamerkan mimik muka serta props yang mampu untuk meletakkan dirinya sebagai seorang pelawak. Namun gaya lawaknya lebih kepada Jihan Maharaja Lawak. Dan Cikgu Shida pernah keluar akhbar, muncul di rancangan bual bicara kerana hobinya itu.

Cikgu Shida as a cikgu waktu siang.

Untuk orang macam saya tak ada lah minat sangat pada C.S.D.P. sebab benda yang dia buat tak sampai pada saya. Then what the heck she's doing here, in my article? Well, kalau anda baca tajuk article ini closely.... Yup! ada perkataan FOFULARS. Famous-lah tu kan kalau siap keluar newspaper BANYAK PAGES dan siap keluar muka kat rancangan bual bicara. Could you do it? I don't! Haha... Tapi selepas dapat fame, dia tukar C.S.D.P. kepada CikShidaDariParit.

Cikgu Shida kat rumah.
Hana Tajima dikurniakan dengan wajah lembut membujur sirih. Memang tipu kalau kata kecantikan pada dirinya tidak membantu langsung dia menerjah dalam dunia vloggerrette. Kulit dia putih, hidung dia mancung. Tak nampak Malaysian pun. Seriously, this woman have the ability to speak English so fluently and so coherently that if you tak tahu dia boleh cakap BM, anda akan fikir dia orang Barat. Dia juga mempunyai blog.

Hana Tajima
Hana Tajima juga pernah menghadiri beberapa fashion show--as a model.  Always a muslimah fashion show. Dia punya style pakai hijab is one of a kind. Walau pun tak tinggi tapi dia mampu jadi model. Dia berpeluang menjadi model dengan Yunalis Zarai atau Yuna (kini berada di Amerika). So mereka ni selalulah berjumpa. Tak gitu? Hana Tajima memang seorang wanita yang berpengaruh dalam dunia fashion muslimah sehingga most of her videos (ke memang semua?) adalah berkaitan tutorial on how to wear hijab.

Self portrait rasanya.
Satu lagi ini Maria Elena Zarul. Dia seorang vloggerette dan bloggerette sejati. Seriously, dia memang banyak gila post kat blog yang best-best dan banyak gila vids yang best-best kat Youtube. Imagine, dia ada 14 624 followers di blog , 1 338 282 page views. One of her 15 videos ditonton sebanyak 228 903 kali. Page dia di Facebook telah mencapai 41 946 likesSemua ini berlaku ketika article ini di tulis. Gila banyak! (Bilalah agaknya saya mampu capai benda tu ya?)

That is not her car. Tapi match dengan baju.
Maria Elena Zarul ini merupakan bekas pelajar dari Universiti Teknologi PETRONAS juga bekas Pelatih Program Latihan Khidmat Negara. Dia famous kerana diri dia yang normally akan cakap English atau write English tanpa rasa malu, tanpa rasa segan. Dia cakap apa dia nak cakap dan dia tulis apa dia nak tulis. Hasilnya, dalam vlog dia, tiada istilah cover ayu. Dia selamba badak sahaja buat muka, tuka-tuka suara dan cakap lepas. Memang gila tahap gaban tapi best!

The Scarflets photoshoot.
So, kalau anda mahu pergi lihat sendiri mereka ini, ini links-nya:
  1. CikShidaDariParit
  2. Stylecoveredvideo (Hana Tajima's Youtube Channel)
  3. hanatajimasimpson.com (Hana Tajima's blog)
  4. Shortnap (Maria Elena's Youtube Channel)
  5. Maria Elena Is Greek Helen (Maria Elena's Facebook Page)
  6. peliks.blogspot.com (Maria Elena's Blog)
りゅたろ - Ada can saya akan jadi vlogger?

2 comments:

Aku Normal said...

salam sham. hana tajima tu mmg bukan malaysian pun. dia org london. mix japanese and english.

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

Oh, ye kerw.,?? oh ok., thanks for the info.,!! :)