Assalamualaikum,
Cuba anda lihat kereta-kereta hari ini, especially Multi-purpose Van (MPV), mesti banyak yang sudah mempunyai televisyen (TV) di dalamnya. Mungkin ada yang di dashboard (atas radio), ada yang di belakang tempat letak kepala, ada yang tergantung di siling dalam kereta.
TV di dashboard |
TV di belakang tempat letak kepala |
TV di siling kereta |
Saya sedar sesuatu tidak kena di sini. Perkara ini lama sudah saya sedari, cuma baru hari ini saya hendak menceritakan mengenainya. Saya beri anda satu scenario.
"Encik Badar merupakan seorang suami kepada Puan Safrina dan merupakan seorang ayah kepada Azmir, Azmirah, Azman, Azmalina dan Azmin. Menjadi seorang ayah yang berusaha untuk membawa keluarga ke arah syurga, menjadi satu kebiasaan bagi beliau untuk memasang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, zikir dan nasyid sepanjang perjalanan jauh yang memakan masa yang panjang. Apabila Encik Badar membeli sebuah MPV baru yang mempunyai TV di dalamnya, bermula sebuah situasi baru apabila bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, zikir dan nasyid itu tadi digantikan dengan tayangan movie-movie keparat yang memaparkan manusia-manusia yang tidak menutup aurat."
Pada pendapat saya, moleklah jika perjalanan yang jauh dihiasi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, zikir dan nasyid kerana tiga perkara itu seolah-olah mengiringi kita sepanjang masa perjalanan. Jika ditakdirkan oleh Allah untuk kita pergi bertemu dengannya dalam perjalanan, at least kita pergi sewaktu telinga ini mendengar ayat-ayat suci Allah. Tidak ke manis itu? And mungkin tiga perkara itu mampu mengiringi kita sepanjang perjalanan dengan harapan moga-moga Allah memberkati perjalanan kita serta menjauhkan kita dari mara bahaya, petaka serta bala bencana.
Tetapi, apa yang berlaku? Elok-elok mendengar tiga perkara tadi, kini... habis satu MPV menonton movie yang memaparkan manusia-manusia yang tidak reti-reti untuk tutup aurat. Entah mengapa, saya meletakkan perkara ini sebagai salah satu dari modus operandi (apa itu?) pihak-pihak lain untuk menghapuskan gaya hidup Islam melalui cara paling halus yang mereka mampu... penjajahan minda.
So, things after this terpulang pada anda. Lakukanlah yang terbaik untuk diri anda, keluarga anda, rakan anda serta kenalan anda.
りゅたろ - Sedar benda ini sewaktu darjah 5
1 comment:
Sebenarnya.. perkara ini terlintas jg difikiran..
Kala awak & Mira kecik2 dulu.. kita sering baca ayat2 suci setiap kali nak bergerak ke suatu destinasi jauh.. baca Bismillah ikut age (kekerapannya), baca AlFatihah.. & Ayah kan terus mainkan cd ayat2 suci AlQuran.. Shud continue doing it while it not too late coz you still have kid brothers & sisters....
Post a Comment