Monday, March 21, 2011

SEJADAH

Assalamualaikum,

Pernah saya menghadiri satu kuliah Subuh sewaktu di Kem Sinar Jaya (KSJ) sewaktu menjalani latihan khidmat negara. Kuliah itu diberikan oleh Muhammad Fahmi Mahmur dan kuliah itu berkaitan sejadah. Menurut beliau (beliau haa... padahal umur sebaya sahaja), guru beliau ada menceritakan sesuatu mengenai sejadah.

Muhammad Fahmi Mahmur
Kebiasaannya anda akan lipat sejadah dari atas kebawah apabila selesai solat. Tidak menolak kemungkinan juga ada yang melipat sejadah dari bawah ke atas.

1. Dari atas ke bawah.

Tahyat akhir.
Anda ambil bucu sejadah dari atas dan tarik kebawah.
2. Dari bawah ke atas.

Tahyat akhir
Anda tarik bucu bawah.
Dan temukan begini.
Cuma ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda lipat dari atas kebawah, apa yang bertemu apa? Tempat sujud (dahi) bertemu tempat anda letak kaki. Jika anda lipat dari bawah ke atas? Tempat kaki berada di atas tempat sujud (dahi). Maka elok ke kalau kita letakkan tempat yang mencecah kepala sekali dengan tempat yang mencecah kaki?

Mungkin pada sesetengah orang "Apa kes cerita benda macam ni? Selamba sahaja-lah. Sejadah sahaja pun." Tetapi bagi saya, benda-benda kecil macam ini-lah yang mencerminkan diri kita. Bayangkan kalau orang bijak pandai dari agama berbeza menggunakan issue ini sebagai medan perbahasan. Mengatakan kita menyamatarafkan (ada perkataan itu?) kaki dan kepala. Apa akan anda kata?

Jadi, menurut apa yang di pelajari oleh Fahmi, sebaik-baiknya kita melipat sejadah dari kanan ke kiri. Begini caranya:

1. Tahyat akhir


2. Tarik sejadah dari bucu kanan atas 


3. Temukan pada bucu kiri atas

Pandangan sisi
Pandangan hadapan
4. Lipat yang kanan atas yang kiri.


Maka, saya harap... selepas ini kita membuka mata luas-luas terhadap benda-benda kecil yang kita buat dan mampu untuk memusnahkan diri kita sendiri.

りゅたろ - Ambil tindakan secepat mungkin!

No comments: