Saturday, March 19, 2011

COUPLiNG

Assalamualaikum,

Bagi yang telah pun mengenali diri saya, pasti mereka tahu saya mampu untuk kekal single and not available selama 5 tahun berturut-turut (tidak termasuk tahun ini). Sesungguhnya bukan saya homoseksual tetapi saya mempunyai prinsip coupling yang mungkin aneh bagi seesetengah orang. Prinsip saya:

" Tak nak mencari selagi tak menggenggam segulung ijazah. Mencari ya. Bukan ada couple. Tapi baru nak cari"

Aneh ke? Pada saya tidak.

Mengapa mesti ada segulung ijazah baru hendak mencari? Sebab pada saya, buat masa ini coupling itu satu benda yang menyusahkan, membebankan, memeningkan, melecehkan dan segala perasaan GERAMJI yang boleh difikirkan... letak-lah.

Macam tidak marah sahaja =)

Kalau lelaki ber-couple, dia tidak boleh duduk-duduk berborak dengan perempuan sesuka hati walaupun fasal pelajaran dan pengajian atau assignment. Dia juga tidak boleh keluar rumah tanpa disoal keluar dengan siapa-lah, dekat mana-lah. Buatnya kita lebihkan kawan sikit dari dia (meaning keluar dengan kawan lebih) alamatnya sediakanlah ayat benyak-banyak sebab Si Dia akan merajuk berbulan-bulan! Dan kalau keluar pula, mesti kena ada duit yang banyak untuk belanja awek. Mana class perempuan yang bayar!


Kalau perempuan pula, umum mengetahui perempuan ini jenis yang cepat terkinja-kinja, terlompat-lompat, terjerit-jerit dan segala perilaku manusia yang kurang senonoh kalau terlebih happy. Contoh hari sukan. Perempuan tidak boleh terlampau terkinja-kinja bersorak untuk athlete-athlete lain sebab balak dia ada dekat situ. Dia juga tidak boleh baring-baring sesuka hati atas rumput sebab hendak jaga keayuan dia depan balak. Kalau tengok movie or tv pula, macam tidak boleh terlompat-lompat kegembiraan tengok sesiapa menang or something. Kalau tidak pun puji hero itu handsome, hero ini macho dan sebagainya.

Macam ini rupa-nya perempuan dalam bilik.

Pendek kata, couple ini menyebabkan kita restrain diri dari our own true selves sebab hendak jaga imej depan Si Dia. Umur remaja macam kita ini bukan-lah waktu yang sesuai untuk restrain itu ini bagai. Biarkan dia lepas asalkan terkawal. Buat apa kita hendak tetapi masih dalam lingkungan agama. Tetapi bila ada teman istimewa, haaa... Ambil kau! Macam-macam tidak boleh.

Lagipun, banyak kes yang berlaku depan mata, apabila sesebuah couple (penjodoh bilangan untuk couple... sebuah ke?) itu bergaduh... habis semua orang ikut gaduh. Ya-lah, mana tidak-nya, asyik marah semua orang, senyap sunyi membatukan diri, asyik termenung sahaja sana-sini. Last-last kawan-kawan pun fed up. Masalah-lah pula satu lagi. Itu belum masuk bergaduh time nak dekat peperiksaan, perayaan, majlis ke.. apa ke.. lagi-lah syahdu.


So, untuk saya, biarlah umur 27 baru hendak mencari pasangan hidup sedangkan kawan-kawan yang lain semua ada. Saya malas hendak fikir fasal couple-couple ini selagi belum sampai waktunya. Buang masa.

りゅたろ - Pendirian saya sahaja

2 comments:

Aku Normal said...

couple is trouble. trust me. aku rasa sangat cool bila single:)

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

I trust you., haha,,