Assalamualaikum,
Saya tahu dalam kalangan rakan-rakan sekolah saya ramai yang tahu saya tak berapa suka budak-budak. Don't get me wrong. I love kids. Just not that kind yang terjerit-jerit nak sesuatu, then bila tak dapat nangis sekuat hati supaya satu dunia ni tahu kita tak bagi dia something yang dia nak (people start tengok-tengok), and bila dah dapat... berlagak macam tiada apa berlaku and then gembira sepenuh hati. Urgh! Pure evil.
Ada juga saya katakan pada rakan-rakan bahawa kebencian saya terhadap kanak-kanak bukanlah satu benda yang permanent. Mungkin satu hari nanti bila saya dah jadi bapak orang... baru saya hargai seorang kanak-kanak. Namun beza ceritanya dengan babies.
Malam tadi saya tertengok Oprah Winfrey Show di Diva Universal. Pada mulanya Oprah Winfrey menemubual Simon Cowell, pengkritik American Idol yang mulut longkang tu. Then after commercial dia tukar pula pada segment mengenai satu movie yang ditayangkan di America bertajuk Babies.
Dari kiri: Simon Cowell, Oprah Winfrey |
Babies merupakan sebuah dokumentari yang diarah oleh pengarah filem Perancis yang banyak terima awards, Thomas Balmes. Dokumentari ini memaparkan kisah hidup 4 orang bayi dari 4 negara berbeza dari seluruh dunia. Filem ini menceritakan kisah hidup mereka sepanjang setahun mereka melihat dunia. Yang paling menarik ialah, filem ini tiada dialog mahupun plot khusus!
Setiap hari dalam masa dua tahun, Thomas Balmes akan angkat camera, pasang dan duduk depan babies tersebut and tunggu. Kemudian rakaman-rakaman tersebut disunting and that's it. Tiada plot, tiada dialog dan sebagainya. Bila disoal Oprah Winfrey mengenai pemilihan babies, Thomas menjawab "Pemilihan keluarga dan babies ini berdasarkan keluarga yang punyai kasih sayang".
Yang menarik, selain dari dokumentari tanpa suara lain kecuali babies, filem ini memaparkan kasih sayang ibu bapa dan gaya hidup babies yang berbeza-beza. Ada yang bermain dengan tulang dan batu. Ada yang berinterksi dengan anjing, kucing, lembu, ayam dan kambing. Movie ini pasti menyebabkan anda tersenyum gembira melihat telatah anak-anak ini.
Mereka masih innocent. Maka, movie ini berjaya merakamkan senyuman pertama babies, frustration pertama mereka dan cara mereka melihat dunia. Akibat dari itu, secara tidak langsung kita turut sekali melihat dunia dari perspektif bayi. Filem ini sesuai untuk semua golongan tidak mengira latar belakang sama ada jahat atau baik. Saya pasti, filem ini akan menyentuh hati anda terutama buat ibu yang mengandung anak sulung.
りゅたろ - Saya suka benda comel
No comments:
Post a Comment