Saturday, March 19, 2011

TASTE SAYA

Assalamualaikum,

Selaku orang yang perfectionist dan ingin yang terbaik dari segala benda, ramai yang menganggap saya akan mempunyai taste yang begitu terperinci (satu list yang saaangat panjang kot...) dalam mencari teman hidup. Ramai yang kata mungkin macam itu-lah, macam ini-lah. Banyak criteria yang diletakkan terhadap wanita idaman saya. Namun, apa yang mereka harapkan hanya-lah mainan fikiran mereka sahaja.

Untuk saya, ciri-ciri bagi wanita idaman saya cuma dua *tersembur air yang tengah diminum* (Gila kau! Dua sahaja!?). Ciri-ciri tersebut ialah:

1. MATANG

Biasanya saya akan letak description sejurus selepas sebut perkataan 'matang' dengan ayat "Matang macam Puan Isni atau Cikgu Yan (Puan Hamizatulazian)" then semakin ramai yang tersembur air minum. Bagi yang tidak kenal, mungkin saya letak matang yang saya inginkan adalah seperti Datuk Dr. Mashitah atau Datin Paduka Sharifah Mazlina.



Puan Hamizatulazian Amir
Puan Isni Isa
Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
Datin Paduka Sharifah Mazlina

Saya memerlukan mereka yang matang kerana anda sendiri dapat lihat dari segi pemikiran saya melalui articles-articles yang telah saya tulis. Saya perlukan seseorang yang mampu untuk terima pandangan-pandangan radical saya dan memberikan pandangan-pandangan radical dia pula (sudah namanya pembahas).

Saya juga perlukan mereka kerana saya berperangai gila-gila. Saya juga menafsirkan diri saya berperangai kebudak-budakan, tidak selari dengan otak dan minda saya yang... sangat luas mungkin (MUNGKIN sahaja ya). Kalau dalam sebuah rumah ada dua orang yang gila-gila, maka gila-lah satu rumah itu. Dan saya tidak mahu itu untuk rumah saya nanti.

2. SESUAI

Sesuai ini saya paling tekankan untuk lahiriah dan rohaniah. Dari segi lahiriah, pada saya seseorang wanita itu tidak perlu cantik, mempunyai kulit yang bersih, putih, gebu, mata bulat dan besar, hidung mancung, tulang pipi tinggi dan sebagainya. Cukuplah sekadar sejuk hati memandang. Terasa gembira melihat wajahnya. Terasa tenang melihat wajahnya. Terasa hilang segala masalah, duka dan nestapa bila terpandang wajahnya. Itu sudah cukup baik. Tetapi kalau Allah anugerahkan yang lebih... Alhamdulillah.

Untuk rohani pula, seseorang wanita itu haruslah ada jati diri Islamic yang utuh. Bersederhana dalam semua perkara. Maknanya tidaklah dating di tempat yang grand-grand (shopping complexes) sepanjang masa. Tidak-lah datang sesuatu tempat dengan berkenderaan sendiri sepanjang masa. Tidak-lah keluar dari rumah hatta untuk membuang sampah di tong sampah besar depan rumah sekalipun, dengan memakai pakaian yang tidak menutup aurat yakni ketat, sendat, lengan pendek, baju atas punggung dan tidak bertutup kepala, leher dan belahan baju.

Sebab itulah kalau ada orang-orang di social networking sites yang saya tidak kenal dan hendak add saya, saya pastikan dia bertudung dahulu. Lepas bertudung saya check gambar-gambar dia pula, kalau ada gambar tidak bertudung... Umph! Tidak-lah saya approve. Yang memang tidak bertudung lagi-lah.



Maka, hanya itu sahaja ciri-ciri wanita yang saya idamkan. Tidak banyak seperti yang orang sangka dan jangka. Cuma mungkin dia punya descriptions yang terlebih kot... (pepandailah faham logo di atas)

りゅたろ - Friendster sahaja yang lain

4 comments:

Aku Normal said...

teringat pulak taste kau yang matang tu kau pernah cakap kat aku, kau nak perempuan tegas macam cg isni dn cg yan. huhu.

syasya said...

wah hisham! nasib baik kau approve aku :)
yeah..ko pna bg tau aku gak tntg wanita idaman kau..
rindu nk bercerita dan berseloroh dgn kau :)

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

Fatin Nazirah., teringat dan terus mengingat., :)

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

Fasya., haha,, ko kan aq kenal., bukan some random people I meet at the street., haha,, yerr., lama juga tidak ber'kukkik2' dgn ko., (phm kerw.,??)