Assalamualaikum,
This article is all about me bragging, bloating, talking about myself over the top and things like that. Seriously, saya rasa agak terkilan apabila saya tidak tahu siapa yang suka saya (Ya Allah! Naik lif tekan butang sendiri haa..). Baik di sekolah, mahupun di kem. Sebab saya mahu tahu siapa dan kemudian saya ingin juga mendengar my good and bad qualities. Bila anda suka seseorang itu, anda akan sentiasa memerhati dia bukan? Maka pasti banyak benda yang anda tahu tentang diri dia.
The things is I can't because of my principle. Saya memang tahu prinsip saya ini akan melukakan hati sesetengah pihak namun pada saya itulah yang terbaik. Saya akan geli-geleman melihat manusia bercintan-cintun terlebih-lebih dos romantic. Pandang-pandang senyum. Pandang-pandang senyum. Tukar-tukar phone. Tukar-tukar password e-mail, Facebook, Myspace, Twitter dan sebagainya. Urgh! Rimas.
Saya juga pernah menyukai orang sepanjang masa saya single and not available tetapi saya tetap dengan pendirian saya. So, bila saya lihat seseorang perempuan itu dan perempuan itu buat saya fikir "Kan best kalau couple dengan dia" maknanya saya suka dia. Then after saya sampai sahaja perkataan 'dia' itu tadi, hilang perasaan suka sebab saya akan fikir pula "Ingat prinsip kau!". Jadi ada perempuan-perempuan yang pernah buat saya tertarik tetapi cepat-cepat saya buang perasaan itu. Bahaya!
Sekarang, prinsip saya itu memakan diri saya balik tetapi saya tidak kisah. Saya tidak dapat tahu siapa yang menyimpan perasaan terhadap saya. Agak terasa di situ tetapi perasaan itu di buang secepat mungkin juga. Sekarang sehingga 8 atau 9 tahun lagi saya akan kekal single and not available. Dan saya juga berharap mana-mana yang terkena batang hidung itu, menceritakan perihal ini pada saya. Saya hendak tahu sahaja. Terima Kasih.
りゅたろ - Muka tidak tahu malu.
No comments:
Post a Comment