Sunday, March 20, 2011

1MALAYSiA

Assalamualaikum,

First, ini article saya yang ke seratus satu! *berlari-lari dalam satu pusingan, tangan straight ke atas sambil jerit "Aaaahh!"* (terlebih dos gumbira) Wah, banyak sudah saya tulis.

Second, mengenai konsep Satu Malaysia. Siapa di sini menyokong konsep Satu Malaysia atau 1Malaysia ini diadaptasi, diaplikasi dan diasimilasikan dalam kehidupan SEHARIAN anda, angkat tangan!

*krik krik...* (bunyi cengkerik)

Seriously bukan this kind of cengkerik!
Nampaknya tiada sokongan. Bermakna kesimpulan saya betul! Saya telah berjaya menyimpulkan bahawa kita warganegara Malaysia khususnya orang-orang di Semenanjung especially Kuala Lumpur (KL) tidak mengamalkan konsep 1Malaysia dalam kehidupan seharian kita kalau konsep itu tidak di-demand.

Click gambar untuk membesarkannya
Tengok di KL, ada anda tengok orang-orang sekeliling anda berjalan di shopping complexes, dalam satu group remaja, ada berlainan bangsa? Duduk semeja di Kentucky Fried Chicken (KFC) atau McDonalds (McD) dalam berlainan bangsa? Ada? Ada? Tiada bukan? Anda? Ada anda buat? Tiada juga bukan?


Jadi di mana keberkesanan 1Malaysia

Mungkin di sekolah. Apabila ada pertandingan, persembahan, acara sukan, perbincangan kumpulan dan sebagainya barulah anak-anak kita duduk semeja (kau ada anak ke Hisham?) dalam berlainan bangsa berusaha ke arah yang sama. Kemudian, mula-lah hendak jadi racist. Melayu dengan Melayu. Chinese amongst themselves. Indian pun macam itu. Di tempat kerja juga begitu.

Pada saya mengapa Malaysia boleh menjadi icon perpaduan adalah kerana kita rakyat Malaysia sombong antara satu sama lain. Kita tidak bertegur kalau tidak perlu. Kita mengkritik senyap-senyap dan dalam diam. Kita berusaha untuk tidak mewujudkan sentiment-sentiment perkauman. Kita hormat dia, dia hormat kita. Settle. Tidak perlu hendak perang sana, perang sini.

Jadi itu 1Malaysia? Konsep yang kita pegang dan gunakan bila perlu? Bila hendak rapatkan hubungan sesama jiran, bila berada di sekolah, bila berada di tempat kerja, bila sedang bermesyuarat besar-besaran, bila buat iklan-iklan, bila berpesta sakan dan sebagainya. Ketika itulah 1Malaysia digunapakai. Kalau macam itu, berjaya ke 1Malaysia?

りゅたろ - Lebih ramai kawan Cina dari India

No comments: