Thursday, June 30, 2011

Anda Sebenarnya Kehilangan Sesuatu

Assalamualaikum,

Percaya pada saya, permulaan article ini akan jadi tersangatlah bragging fasal diri saya. Namun saya pohon anda stick till the end (macamlah anda akan tutup tab kalau saya kata saya akan brag). OK. Jangan tutup tab. Terima kasih. 

Begini, semasa saya di MRSM dulu... sometimes people will turn to me if mereka nak tahu sesuatu tentang pengetahuan am. Kenapa sometimes? Sebab ada ramai lagi yang lebih tahu (actually dua tiga orang sahaja). Kemudian semasa saya di PLKN, orang mula menggelar saya Google kerana saya share banyak benda yang orang tidak tahu atau tak ambil pusing pun. Sewaktu article ini ditulis, saya sudah mula mendapat nama sebagai Google sekali lagi atau Orang serba tahu dalam kalangan 634 ahli group di Facebook dan the number is still growing.

Edit sendiri tahu.
Kan... dah kata yang saya akan brag.

Sunday, June 26, 2011

Saya Mahu Jadi Macam Dia

Assalamualaikum,

Sebenarnya, tak pernah terlintas pun dalam benak pemikiran saya bahawa saya ingin menjadi seperti dia. Yalah, selama ini saya hanya menganggap dia sebagai seorang rakan yang berada di banyak tempat saya berada. Dia classmate saya, dia juga BWP, dia juga ketua COS yang bersama saya di Brem Mall dan Crystal Crown Hotel di sebelahnya dan dia juga individu yang bersam saya ketika makan malam di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa.

Saya kagum dengan semangat juangnya yang tinggi disebalik badannya yang cukup petite. Saya juga kagum dengan kemampuannya coop up dengan kebebasan yang diberi padanya. Selain itu, sifatnya yang peramah... mudah mendekati orang lain serta cakap straight forward itu juga saya kadang-kadang envy. Paling saya tak boleh tahan ialah... ability dia untuk stay healthy dan stay active walau apa jua yang sedang dia hadapi.

Dia seorang wanita yang berpemikiran luas. Dia seorang wanita yang banyak kali dilukai hatinya. Dia juga seorang wanita kental dan tabah sehingga banyak liku-liku kehidupan berjaya dia redah. Anda mahu tahu siapa dia?

Friday, June 24, 2011

Assumptions

Assalamualaikum,

Saya rasa macam pernah sentuh topik assumptions ini. Oh ya! Ketika saya berpesan pada BWP sesi 2010/2011 awal tahun yang lalu. Anda boleh baca article itu di sini atau search sahaja di search box baru. Type assume kemudian tekan 'ok'. Insha Allah anda akan sampai di article yang dimaksudkan.

Seperti yang saya beritahu sebelum ini, assumption comes from the word assume dan assume kalau kita break the word kita dapat: ASS. U. ME. Ass, u and me. Bak kata pemberi teori ini iaitu Miss Aniza Masbah, assume is making an ass with u and me. So, never assume. Ask.

Taken from Google.
Menjangka itu sendiri tidak pernah salah, jauh sekali menyimpang. Tetapi dengan cara pembawaan kita, gaya pemahaman kita terhadap menjangka ini telah membunuh inti pati sebenar perkataan ini.

143 Itu Apa?

Assalamualaikum,

Pernah dengar 143? Mungkin lovers selalu dengar. Lagipun pada saya 143 ini di-popular-kan oleh movie Hindustan bertajuk.... OK saya tak tahu tajuk. Yang pasti waktu kecik-kecik dulu pernah dengar lagu Hindustan yang dok sebut-sebut 143 ni. Tapi apa sebenarnya 143?

Umumnya, 143 bermaksud I Love You. Itu jawapan yang paling common. Setiap nombor mewakili huruf perkataan yang berada dalam ungkapan I Love You. I = 1, Love = 4, You = 3. Namun, baru-baru ini (actually bertahun dah) 143 juga membawa maksud I Hate You. Hal ini disebabkan oleh love dan hate berkongsi jumlah huruf yang sama. Kadang-kadang, kita akan jumpa 1437. Yang ini ditambah dengan perkataan forever yang diwakili nombor 7.

Red 4 indicates something.
Saya sebenarnya tidak mahu bercerita mengenai maksud 143 or 1437. Saya ingin bercerita mengenai consequences bila kita bermain dengan perasaan. 

Wednesday, June 22, 2011

Metroseksualiti

Assalamualaikum,

Menurut majalah Maskulin Edisi Piala Dunia FIFA 2010 & Hari Bapa keluaran Jun 2010 volume 105... 92% lelaki tidak mahu menganggap diri mereka metroseksual dan 31% lelaki langsung tidak tahu makna metroseksual. Ya, saya baca Maskulin. Kenapa? Ada masalah?

Muka depan.
Pada saya hal ini terjadi atas sebab yang mudah: Ignorance, Stereotype and Influence.

Monday, June 13, 2011

Lelaki Feminin Ke?

Assalamualaikum,

Pernah dengar istilah lelaki feminin? Kalau pernah, adakah anda betul-betul faham apa itu lelaki feminin? Kalau tak pernah pula, saya yakin anda pernah dengar istilah lembut, pondan, bapuk, sotong, sutun dan mak nyah. Paling baru... donut. Sama ke terms semua ini? Pada saya tidak.

Pada pandangan saya, sotong, sutun dan donut adalah nama yang diberi kepada lelaki persis wanita dalam dunia moden oleh generasi yang lahir dalam lingkungan waktu yang serupa. Pondan, bapuk dan mak nyah pula diberikan oleh generasi yang lebih tua. Saya juga melihat tiga terma terakhir itu sebagai yang paling sadis.

Sedap.

Monday, June 6, 2011

Promote Blog Orang ( I )

Assalamualaikum,

Article kali ini mengenai blogs yang saya follow which mainly merupakan bloggers dan bloggerette dari kalangan rakan-rakan saya sendiri. Article pertama ini saya gabungkan seorang blogger dan seorang blogerette yang mempunyai gaya penulisan yang sama atau hampir serupa. Mereka berdua ini bagaikan bermain kata-kata kerana bahasa yang digunapakai oleh mereka ini berkias dan mempunyai mesej tersendiri.

Blog pertama ini merupakan hasil tulisan Fatin Nazirah Asnan. Dia bercerita dengan gaya bahasa yang langsung tiada kaitan dengan BM SPM. Sebab dia menulis bagaikan diari personal waima dia tahu diarinya akan dibaca. Style macam tu lah dia tulis. Dia ada mencoretkan sedikit kisah lampau.. semasa di bangku sekolah. Juga bercerita mengenai rakan-rakan. Tidak lepas peluang dalam penulisan puisi-puisi baik English atau BM.

Fatin Nazirah Asnan

Movies

Assalamualaikum,

Saya ada seorang mak cik yang mempunyai pemikiran lain dari yang lain. Dia kelihatan carefree which is good to maintain her smiles sepanjang masa. Masak benda-benda pedas itu normal dan sesuai dengan sifatnya yang adventurous. Selagi dia mampu, dia akan buat apa sahaja dan biasanya dia berjaya capai. Dalam banyak-banyak, ada satu benda yang pernah dia ucapkan menarik perhatian saya.

"Aunty Yan tak boleh lah tengok movies yang sedih-sedih ni. Yalah, kita hidup ni dah banyak masalah. Lepas tu pergi wayang tengok movies orang-orang yang penuh masalah. So... like kita yang bermasalah, masuk wayang, tengok orang bermasalah, akhirnya bila kita keluar... semakin bermasalah. Kenapa kita perlu menjebakkan diri dengan cerita-cerita macam tu?"


Norma kehidupan.

Bergambar? Tidak Mahulah!

Assalamualaikum,

Umum mengetahui bahawa saya merupakan species manusia yang sedaya upaya lari dari bergambar. Biasanya orang akan kaitkan diri saya dengan perkataan MALU. Kerana apabila perlu bergambar sahaja saya lari; saya menyorok, saya bertapuk. Biarlah hanya bergambar untuk kelab, persatuan, sukan, permainan, kompeni, blok, ahli jawatankuasa dan sebagainya, memang saya akan wipe my face off the picture.

Sampai Ibunda pun tension. Sebelum berangkat ke KLIA untuk ke Kem Sinar Jaya, Kota Belud, Sabah bagi menghadirkan diri ke PLKN... Ibunda berpesan:"Jangan ngada-ngada tak nak ambil gambar. Kami nak tengok juga bagaimana kamu di sana." Then saya cakap:"Tak nak." Ibunda balas:"Ambil juga."

KLIA pernah ada fireworks ke?

Wednesday, June 1, 2011

Apa Guna?

Assalamualaikum, 

Hari ini, Facebook mendominasi aktiviti seharian kita. Macam-macam pasal Facebook yang telah menyebabkan kita lekat pada dia. Rindu Myspace lama (tiba-tiba). Antara kelebihan Facebook selain kita dapat connect dengan sesiapa sahaja yang ada akaun Facebook, kita juga akan ada notifications mengenai macam-macam benda. Comments, messages, groups dan birthday seseorang rakan. Selagi birthday yang dia letak itu betul. 


Perasan tak? Bagi readers yang juga friends saya di Facebook, saya tiada inisiatif langsung untuk ucap "Happy Birthday!" kepada sesiapa pun. Teruk kan? Well, for my defense... cuba kita tengok balik ya. Orang-orang itu wish birthday anda kerana apa? Sebab Facebook buat notification. Kalau dia tak buat notification? Ada orang wish? Ada! Orang yang ingat birthday anda. Berapa orang yang ingat? Bukan semua.