Wednesday, June 22, 2011

Metroseksualiti

Assalamualaikum,

Menurut majalah Maskulin Edisi Piala Dunia FIFA 2010 & Hari Bapa keluaran Jun 2010 volume 105... 92% lelaki tidak mahu menganggap diri mereka metroseksual dan 31% lelaki langsung tidak tahu makna metroseksual. Ya, saya baca Maskulin. Kenapa? Ada masalah?

Muka depan.
Pada saya hal ini terjadi atas sebab yang mudah: Ignorance, Stereotype and Influence.



Ignorance

Metrosekual secara harfiahnya merupakan lelaki yang menjaga penampilan sehingga tahap lebih dari kebanyakan. Mereka menjaga rambut, kulit, kuku, pakaian serta barang-barang fizikal lain seperti kereta, rumah dan ruang bekerja. Mereka ini akan sentiasa kelihatan kemas dan tip top. Gaya mereka melayan wanita adalah seperti intan permata yang berkilauan menyinari alam dan kalau hilang, gelap gulita-lah gamaknya. 


Jika kajian dijalankan terhadap 100 000 lelaki dari seluruh pelusuk negara, seramai 31 000 lelaki tidak mengetahui makna metroseksual. kalau kita disperse-kan 31 000 lelaki kepada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan, ini bermakna 1 937 lelaki setiap negeri yang tidak tahu langsung makna metroseksual. Mengapa saya create sebegini besar punya big fuss


Stereotype

Kerana stereotypeStereotype bermaksud pandangan popular terhadap satu-satu kumpulan manusia atau sesetengah individu yang mempunyai characteristics yang sama. Sebagai contoh stereotype yang selalu kita dengar: "Hish, slow betul bawa kereta... Mesti pompuan" atau "Pak Cik tu pakai jubah dan serban laa... mesti ilmu dia tinggi". So untuk kes metroseks, disebabkan oleh begitu menjaga penampilan diri... stereotype yang keluar ialah bapuk, pondan dan sebagainya. Paling kurang pun lelaki feminin.


Sedangkan seperti maksud metroseksual itu sendiri ialah menjaga penampilan. So of course, model-model lelaki terkemuka dunia (yang tak terkemuka pun sekali), artis-artis dalam dan luar negara serta lelaki-lelaki yang ingin tampak presentable (selalunya lelaki yang bagi talk) merupakan lelaki metroseksual. Mereka menjaga penampilan mereka untuk kelihatan menarik, kemas, bergaya. Tidak pula dikatakan bapuk kalau mereka pakai make up? Alasannya: "Dah kerja diorang".

Jadi, manusia berkerjaya begitu sahaja ke yang boleh jadi metroseksual? Sudah tentu tidak. Namun, kalau orang-orang biasa yang jadi metroseksual, guarantee kena cop bapuk atau pondan. Stereotype-kan.


Influence

Hasilnya, apabila 1 937 lelaki berpemikiran stereotype tanpa mengetahui maksud sebenar metroseksual... mereka akan unleash full power of influence untuk mempengaruhi minda lelaki-lelaki lain yang tahu makna metroseksual melihat ciri itu sebagai anasir jahat. Sebagai satu unsur negatif. Hasilnya? Ada sahaja individu yang penjaga penampilan muncul, masing-masing menjadi sceptical. Semua nak kata dia bukan lelaki sejati. Termasuklah yang tahu makna metroseksual.


Maka, lelaki-lelaki metroseks tidak akan mengaku bahawa mereka ini metroseks kerana mereka malu. Mereka takut dipermainkan, diperolok dan diejek oleh rakan-rakan. Menggunakan statistik tadi, bermakna seramai 69 000 lelaki mengetahui makna metrosekual tetapi hanya 8% yang sanggup mengaku mereka metroseks iatu seramai 5 520. Ingat! Daripada 69 000 lelaki yang tahu maksud metroseksual, seramai 63 480 tidak mengaku mereka metroseks kerana tiga sebab yang saya utarakan tadi hanya 5 520 dari 69 000 sanggup mengaku metroseksual.


Maka, bukan semua lelaki yang bercantik-cantik (pakaian), cerewet mengenai penampilan, menjaga texture rambut dan sebagainya itu lelaki feminin. Hal ini adalah kerana, mereka sebenarnya tergolong dalam kategori lelaki metroseksual dan golongan itu sendiri mempunyai artis-artis seperti Shah Rukh Khan, Aaron Aziz, David Beckham dan model seperti River Viiperi, Marlon Teixeira, serta Mohd Haidar bin Jamal sebagai ahli. Mereka ini lelaki sejati. Cumanya, mereka jaga penampilan.

りゅたろ - Metroseksual bukan kesalahan.

4 comments:

Inspector Saahab said...

setuju !

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

Terima kasih., moga2 ramai tidak salah anggap dah lepas ni.,

Syaza Shari said...

aku rasa lelaki metroseksual tu seksi and hot je... better than laki bajet macho...

りゅたろ やました (Ryutaro Yamashita) said...

Aku nak tulis sambungan., tapi., jadi issue plak kang., haish., n ofcourse., lelaki bajet macho ntah apa2.,